Thursday, February 26, 2009

video alesya


Just nak share video baby Q, remember, dulu saya pernah bgtau kami ada ambik pic video Baby Q masa dia di NICU, curi-curi amek pic pakai henpon cap ayam..

Masa tu really tak bersedia untuk share, sebab pelbagai kemungkinan dan komplikasi yang menakutkan diperdengarkan..saya takut sangat... kehilangan dia, penantian kami yang lama untuk dapat baby, and ALlah bagi pulak perempuan, tentulah saya amat berharap... Saya tak tau nak cerita bagaimana saya lalui semua itu. Hanya kekuatan dan keimanan yang terus membuat saya kukuh.

Korang tengok sendiri video clip ni and imagine bagaimana baby sekecil itu sungguh kuat!!! miracle.. Saya kagum dengan kuasa Allah Taala yang mencipta sekelian alam. Video tak panjang sebab tiba-tiba doktor dave masuk untuk menerangkan keadaan baby masa hari itu. ini masa usia dia 28 hari


*kredit to Tokei Muda ni hiks..kiranya setaraf artis Alesya ni..video dia diedit oleh profesional, maklumlah budak ni jugak buat video clip artis ouls.. hero i Annuar Jain punya video clip pun dia bikin tau.. tima kasih rosh..dalam sebok-sebok buat CGI untuk telemovie, pontianak remaja, sempat gak dia editkan video alesya nih. Lenkali tolong lagik.. ehehehe apa pun, saya memag dari dulu kagum ngan budak rosh ni, animasi ala-ala komik dia mmg cun ooo.. Rosh citer next projek diaorang nak terbitkan filem..wahh jangan lupa amek akak berlakon ye...hahahah, tempelen pun tempelan la..ahaks..

(actually video ni very low quality, gelap sangat, tp rosh sudah edit kasi terang benderang)Rosh ni orang kedua lepas AJID yang selalu saya ganggu kehidupan mereka untuk buat itu, ini berkaitan design, website la..apa-apa je berkaitan IT nih..eheheh tengkiu adik-adikku.. Hehehe selalunya mula-mula diaorang ajar saya dulu camner baut/edit, tapi end up depa yang buat sendiri..ahahah sebab akak diaorang ni sengal sikit bab-bab I.T nih.. Now Ajid tengah work out for our project.. Insya-ALlah soon kami launch ek..wah launching gitu...

Menakjubkan Maha Suci Allah punya kuasa...

And ini pulak video dia yang diambil bulan lepas. Ni actually first time dia mamam nestum, masa ni maksu yang jaga, Maksu yang kasi dia... first time beb, dia sangat pandai mamam, sampai tergedik-gedik hahahah, tengok kami kasi nestum pakai sudu plastik je, mangkuk dan sudu baby pun tak sempat beli lagi masa tu..

Background suara, mama, mak su, mak tok, babah dan abang.. semua orang kerumun excited ooo


Ehh baru perasan, masa ni rambut Baby Q tak lebat lagi..sekarang banyak sikit rambut dia..

Tau tak. Duit yang darling saya kasi tu, saya tak buat pun langsir, saya tak buat wakaf jugak... apa saya buat???? tungggguuuuu nanti saya kasi tau ye... *(klue, ada kaitan dengan project Ajid tengah laksanakan)

Okeh, selamat hari minggu..jangan lupa tau...datang sini minggu depan untuk lihat apa saya buat dengan duit itu... please datang tau...eheheheh
Yang pasti saya amat penat hari ini...

Erkkk saya tatau apsal video tu macam bertindih ek?? felikkk

Thursday, February 19, 2009

Cabaran nak besarkan anak-anak


Last week kan anak buah hubby si Syazwan tu datang umah kan, so on Ahad petang tu kitaorang hantar dia balik ke kolej (British Malaysia Institute) kat Gombak, sebelum hantar dia kitaorang singgah pekena satay padang kat area gombak tu, Satay padang ni memang sedap, dulu ada satu kedai belah main road tu sedap, tapi macam tak takder pulak, sudahnya kami makan kat ada satu kedai ni, apatah nama kedainya. Masakan minang dia, malatop ouls... dengan rendang hati lembu, limpa, rendang ayam minang, pergghhh kalau tak berdiet, haruslah meks makan nasi... lupa lak nak amek pic, kalo tak leh tunjuk kat sini, satay padang ni, lain rasanya dari satay biasa, dan specialnya ialah kuah dia, sedap.. bukan kuah kacang, tp kuah tu pekat, ada campuran tepung beras, tepung kanji (ahkak ingat tepung jagung) tapi akak menjelajah porum, rupanya pakai dua tepung tu..hiks..dah dapat resepi weii nanti ahkak try ekkk

Ok, balik dari hantar jejaka kacak si Wan tu, kitaorang tak masuk MRR2, kitaorg lalu jalan Gombak lama, lalu Jalan Pahang, then masuk kot Taman Tasik Titiwangsa. Aduhhh masa lalu kat Taman Tasik tu..sedeyyyy oo nengok anak-anak muda, mat-mat rempit ni bersepah kat Taman Tasik tu (erkk saya kan duduk Ulu sikit, jarang pegi KL sinun, jadi jarang nengok situasi gitu hiks.. kata tempat tinggal kami masih suci, gejala sosial tak teruk, mintak gomen tak der buat pembangunan lebey-lebey yang boleh menyumbang gejala sosial nih) Masa nengok mat-mat rempit bersidai sepanjang jalan kat Taman Tasik tu, dengan beratus motosikal, tiba-tiba saya fikirlah kan, kalau diaorang ni bergaduh sesama sendiri, kecoh camner la gayanya, nengok pun takut, dengan rambut merah, dengan bersubang, bertindik. Yang pompuan usah cakaplah, memang muka bohsialah terus terang cakap, dengan baju sendat, seksi meksi bukan main la.. usia belasan tahun je tu.

Takut la saya fikir masa depan anak-anak, risau occay. Terus je saya pesan kat si Abang, "Abang, abang tengok Mat Rempit tu semua, ni dah dekat maghrib, patut diaorang kat mana?" si abang jawab "kena balik rumah nanti emak dia risau, dah maghrib nanti nak semayang, kalau pegi masjid lagi bagus" aduhh harap-harap jawapan tu kekal dalam otak dia sampai bila-bila. Maghrib, balik rumah, jangan bagi emak bapak risau, dah malam tak elok keluar.. please abang jangan buat yang bukan-bukan ye nanti. Serius, saya takut sangat tengok benda-benda macam tu, semasa bawa emak mertua pegi berubat, tukang ubat tu cakap, "gejala sosial, rempit/dadah/seks semua tu punca aids. Anak melayu, rempit, menang dapat pompuan, tukar pompuan tu pompuan ni, lepas 3-4 tahun kena Aids, muda-muda dah kena Aids.

Mujur juga saya ditempatkan di Putrajaya, beli rumah kat area sini, hubby sanggup berulang jauh dulu dia keja KL, pastu Shah Alam, pastu Kelana Jaya, tak kesah itu pengorbanan dia, asalkan kami dapat satu environment yang baik untuk anak-anak membesar. Takut ooo kenang-kenangkan masa depan anak-anak kita ni. Semua parent pun hendak anak dia jadi baik-baik, even ko tanya perompak yang dah kena masuk penjara pun sure dia cakap, hendak anak dia jadi orang berguna kan. Siapa pun la kan..

Saya terbaca blog sorang kawan ni (Wa) kisah anak tiri dia yang AL-Hafiz lagi, imam, kalau ikutkan bekalan agama tu lebih dari cukup untuk dia jadi terbaik, apa lagi nak, AL-Hafiz, imam, jadi guru agama..belajar agama sampai ek Thailand bagai, tapi itulah orang lagi kuat ilmu agama, lagi kuat ujian Allah pada dia, bila baca kisah Angah yang terpengaruh dengan dadah, saya rasa sedih sangat-sangat, rasa sayu. Itu ANgah yang cukup bekalan agama ALlah uji dia dengan terjebak ke jurang itu. Moga ALlah turun bantuan, Angah pulih semula ye Wa. Looking foward nak dengar cerita Angah ni.

Gerun lah.. dalam hal ni saya respect sangat orang-orang yang berjaya mendidik anak, dia tengah bandar besar macam KL ni dengan baik. Ye lah KL apa tak der, segala neka hiburan maksiat ada, kawan-kawan pulak aduh, pilih je nak specis camner. Harap-haraplah kita-kita semua antara ibu bapa yang mampu menggalas cabaran membesarkan anak-anak ni, tak kira lah di bandar or di kampung cabaran datang sama je. Kalau duk kampung pun, salah pilih kawan, terjebak bahana jugak, duduk KL pun kalau pandai jaga diri, ingat ajaran dan amalan orang tua, Insya-Allah elok jadinya.

Ok, selamat berhari Jumaat. Esok hari cuti, mertua saya balik kampung kejap, ikut abang ipar balik nengok ayam-ayam ternakan di ladang baru masuk. So leh la saya tido lama sikit pagi hahahahah, selalu lepas subuh saya dah tak tido, terus siapkan sarapan pagi, pegi pasar, eheheh minggu ni leh la kenen-kenen ajak cik abang sarapan kat luar je sebelum pegi pasar, eheheheh kan darling kan...

Eh lupa, update terkini yg order acuan pie tee tu...
1. Syau*
2. Kawan hang rass (sapa nama wei)
3. Eina
4. Intan
5. Ila
6. Azah
7. Zuriana*
8. Farihah*
9. Hidayah*
10. Ida
Erkk yg bertanya * tu saya dah ada no tipon u all, yang lain belum ada no tipon, sila beri ye.. Nanti boleh sms no akaun bagai, plis ek..

Tuesday, February 17, 2009

adik lentok demam, jaga emak ayah


Last week kan Alesya demam... cian dia tau, merab je..kejap merab mama, kejap merab babah, kejap merab bibik, buttt on top of that, sure la dia merab babah dia.. uhuhu, buah hati pengarang jantung babah tu, bila nampak je kelibat hero pujaan dia, dengar je suara hero pujaan dia balik, terus dan-dan tu dia merengek minta di dukung, gesel-gesel segala hidung dia menunjukkan dia sangat tak sehat pada babah dia, gaya-gaya meraih simpati...

And bila babah dia dukung, tenangkan dia, usap-usap dia, tengok sampai terlentok-lentok dia tido.. tengoklah pic tu, awal dia punya tenyeh hidung dia, pastu merengek, bila dah kena belai, terus dia lentok sampai telentok abeh..eheheh manja babah tuuuuu.. kalau dia tengah nanges, kasi je kat babah, dia, babah dia letak je kat bahu, lentok terus dia.

Macam biasalah, bila upload pic pakai blogger ni, korang kenalah klik pic utk dapat tengok beso sikit,

Pssstt, dalam pic ni nampak Baby Q putih ikut mama kannnnn, macam tepung talam je dia ngan babah dia...ahaks..kejam sungguh mama depa ni..hahahaha jangan mare darling..
A shoulder to cry on.. hiks


Ni Alesya dengan Abg Wan dia, tengok Alesya susut berat badan dia, kecut je nampak, tak chubby macam dolu, go baby Q go, lepas dah abeh demam ni, mamam banyak-banyak tau. Abang Wan encem ek.. nanti adik cari suami macam Abang wan ek.. cool giler anak sedara hubby yang satu ni, rajin lak tu. masa toknya sakit, dia lah dengan sabar menjaga tok nya, cuci berak/kencing, lap tok nya. Hang suruh lah dia pi kedai 3-4 kali dalam masa sejam, dia tak komplen punya... wenco respek la wan..kagum sehh

Lihat mata adik, lentik bulu mata dia ntah ikut sapa, mak pak dia tak lentik langsung bulu mata,
AL-Fatihah buat arwah ayah Siti Nurhaliza, tak kira lah artis kayo duit berkepuk pun, kalau kehilangan orang tersayang tetap ada terasa, tambah pulak macam tok ti tu rapat ngan ayah dia, and kehilangan pulak secara mengejut, like our family, abah saya sakit sangat lama, 6 tahun dia sakit lepas kena stroke, walaupun dah lama abah sakit dan uzur, tetapi kehilangan arwah abah tetap memilukan dan menyakitkan.

Tapi dalam banyak-banyak pic yang ada, aku suka tengok pic ni, walau pun i doonnn like dato K, or bukan peminat kipas mati siti, tapi aku tersentuh hati dengan pic ni, and siti sangat ayu occay bertudung begitu, oh u see la datuk K, bini hang lawa pakai lagu tu.. suruhlah dia pakai lagu tu...



Dalam I nyampah-nyampah ngan Datuk K tu, tp bila tengok pic ni rasa respect juga kat dia, bak kata Ummuhanis dalam blog dia, Datuk-datuk sanggup gak masuk liang lahat sambut jenazah pak mertua, ada menantu yang bukan datuk pun belum tentu nak masuk dalam lubang tanah tu.

Teringat juga masa arwah abah meninggal tahun lepas, darling menjadi menantu sulung, and satu-satunya menantu lelaki yang ada, (yang sekor lagi tu yang dah jadi bekas menantu tu, bukan menantu, tapi mehantu) ok, being menantu lelaki tunggal, and yang sulung, terpikul tanggungjawab besar di bahu darling masa tu, dia lah yang uruskan banyak perkara, and sementelah saya masih lagi dalam pantang masa tu, maka banyak urusan ke hulu ke hilir dia uruskan. Dari urusan menguruskan kain kafan, berurusan dengan orang masjid, bersama-sama mandikan arwah, ke kubur, saya tak ikut ke kubur walau teringin nak ikut, sebab masih dalam pantang lagi masa tu, tapi adik-adik cerita, cik abang saya tu masuk juga dalam liang menyambut arwah, walaupun dengan size dia yang beso, menyendatkan liang, tapi dia takkan lepaskan peluang terakhir menyambut arwah, kemudian dia juga menguruskan urusan bank emak/abah, kemas kini itu ini, uruskan pengeluaran khairat mati abah, uruskan batu nesan, cuma menanam batu nesan je tak buat, sbb penggali kubur kat situ, kata diaorang yang akan tanam sendiri.

Begitu juga masa abah kena stroke pada tahun 2002 dulu, dia juga ke hulu ke hilir uruskan itu ini, duit ringgit ermmm tak payah katalah, nak harap saya sorang bantu keluarga takat mana sangatlah saya mampu beri, gaji bukan riban-riban, tapi dia juga tak berkira semua itu, ikhlas dia bantu semua. Sooo atas semua kebaikan dia yang dicurahkan itu, maka perlu ke saya kesah dia tak romantik macam orang lain?? tak kasi bunga?? tak kasi hadiah mahal?? tak der romantik dinner ke??? takder jiwang-jiwang celebrate wedding anniversary ke??? mak tak kesah u ouls... asalkan hati dia baik udah le..

So dengan semua kebaikan itu jugak, perlu ke saya nak berkira dengan dia??? Noooo!!! sebab itulah saya tak kesah menjaga mertua yang berdua yang sangat uzur itu. Memang kena banyak sabar menguruskan orang tua ni, tak kena gaya itu sebab ada menantu tarik muka, tapi saya, Insya-ALlah, dulu pernah ada peluang menjaga arwah Mak Tok yang lagi uzur dari tu, takat berak kencing arwah mak tok saya tu memang biasa saya bereskan, takat dia muntah time makan tu biasalah, tengah makan dengan selamba dia menggagau lauk-lauk di pinggan, itu perkara biasa menjaga orang tua yang uzur, sebab kekadang mereka lupa, tak ingat apa mereka buat, apa mereka nampak sedap depan mata, langsung seluk tangan ambik. Saya rasa menjaga ibu mertua saya yang uzur itu macam flash back 15 tahun lepas semasa arwah abah menjaga arwah mak tok saya.

But kadang-kadang bila keikhlasan kita tak berapa disenangi orang saya terasa hati. Tapi malas layan rasa kecik ati tu, kita fikirkan kebajikan orang tua saja, kalau pun ada bunyi-bunyi tak enak di belakang, pendamkan saja lah, saya harap biarlah anak-anak tengok macam mana sepatutnya seorang anak jaga emak bapak depa, saya pernah tengok dulu, camner arwah abah kendong arwah mak tok saya ke bilik air, basuh berak kencing, suap makanan, jadi saya rasa biasa dengan keadaan begitu. Biarlah anak-anak saya pulak terbiasa dengan keadaan begitu. And syukur Najmi memang good boy, walau notti, as normal macam budak lelaki lain, tapi bila opahnya batuk-batuk, sampai termuntah/tersedak, meleleh-leleh air liur time tengah makan, dia tak der geli-geli... dia boleh usap belakang opah, boleh tlg ambilkan air, ambil tuala lap air liur yang meleleh tu. Good boy abang. Nanti mama dan babah dah tua, kalau panjang umu, abang tolong jaga mama dengan babah ek...

Sunday, February 15, 2009

tengok Gang and Bila rasa dah tua


Salam semua.
Holaa Sabtu nan silam kitaorng plan nak pegi tengok filem Geng tu, tapi kat GSC Alamanda tu penuh yang oiii fulllllll se full-fullnya sampai nak masuk panggung pun kena beratur, dia punya show setiap 2 jam bermula jam 11am kot sampai last pukul 1.15am, gilos tu.. Najmi dah muka masam sebab tak dapat tiket untuk tengok malam tu, pastu nak beli untuk esok malam (Ahad) pun sumer sudah full, yang ada cuma midnight je, huishhh hilang akal emak Najmi nak bawa anak tengok wayang midnight, esok tu nak school kan.

Then, gamble je la pegi The Mines, pun abeh sumer untuk malam tu, cuma tinggal untuk esok punya show, beli gak le, dapatlah tengok time 3.20pm, tu pun dah tahap kena melangut dah, sbb seat belakang semua dah full. Tu dia penangan budak botak comei berdua tu, hahaha padahal diaorang tu tahap undangan je dalam citer tu.

So saper nak tengok wayang tu, sila-sila book dulu, kalau book pun jangan lambat pegi ambik tiket, kang diaorang terus jual kalau lambat ambik. atau kalau nak tengok Sabtu or Ahad, beli la seawal Khamis or Jumaat. penuh berduyun manusia, bukan takat Melayu je, saya nengok Cina dan India pun ramai tengok, malah anak-anak Cina siap pakai T-shirt Upin dan Ipin lagi. Dengar kata kat Indon pun dah malatop dengan Upin dan Ipin.

Kalau macam tu punya sambutan, tak mustahil target depa nak capai 10 juta boleh dicapai. Segala emak/bapak/kakak/abang/makcik-makcik dengan rombongan anak beranak pun berkampung nengok citer ni. Kagum seh, anak Malaysia boleh gak buat animasi gitu. Komen ahkak, animasi best, lawak pun boleh tahan, cuma jalan cerita macam kelam kabut sikit, and dah bukan nama pun citer Upin dan Ipin, maka diaorang tahap pelakon pembantu je la.. Harap-harap les kopek boleh buat full movie Upin dan Ipin lepas ni. Kot-kot les kopek (tak reti nak eja nama kompeni depa ni berbelit) ni boleh jadi legend, ala-ala Walt Disney ke? bila sebut les kopek orang akan ingat animasi terbaik dari depa.

Kalau korang rasa maleh nak bawa anak-anak kecik tengok wayang, takut bising ke hapa, jangan bimbang, bawak je, sbb dalam panggung tu dah macam nurseri, eheheh segala genap usia bebudak ada, malah ada usung stroller masuk panggung, enjoy sangat tengok seisi keluarga, Best!!

Ok tamat citer upin dan ipin tu..

Nak tulis pasai ni pulak, actually dah lama tulis pasal ni, tapi tak publish, asyik dok simpan dalam draft je, hari ni kita kasi uppp sama dia occay..

Tiba-tiba saya rasa saya dah tua, hiks kenapa?? meh lihat..

* Kalau masuk keter je, bukak Sinar FM, layan lagu-lagu lama, siap boleh nyanyi dengan baik ikut lirik lagu berkumandang. Dan bila tukar channel radio dengar lagu-lagu jerit-jerit rasa macam ehh tak bestnya..eheheh contoh lagu yang ko boleh nyanyi dengan baik semasa berkumandang ialah Tommy J Pisa "kelmarin..kau masih bersamaku..bercumbu dan merayu.." bila si Najmi, tanya ni lagu sapa, terkebil-kebil budak tu..eheheh

* Kalau dulu pegi kedai nak beli barang orang selalu sebut "adik nak apa?" pastu orang sebut "ye, akak nak beli apa?" dan terkini masuk kedai, ada awek jambu usia lebih kurang belasan tahun akan sebut "ye mak cik nak apa?" hollaaa tak sukerrrr nyeee...

* Bila sebut Ella and the boys depan adik-adik yang saya yang ICnya kepala 9 atau kepala 8 yang dah hujung 1988, 1989 tu, dia heran, kenapa Ella and the boys... lorrr depa tak tau Ella dulu ada band nama band tu Ella and The Boys.. mak aiiii kertu sungguh ku rasa...

* Bila bukak channel tv pulak, tiba-tiba ada filem Esok untuk sipa, Tiada esok bagimu, Ali Setan, Mekanik, Adik Manja, tiba-tiba saya boleh melekat layan filem-filem tu, dan membayangkan time tu lah Mak Ndak, Mak Ngah, malah emak bapak saya masa tu pakai seluar ala-ala yenki, rambut belah tengah, baju ketat, very the retro, dan saya masih ingat dengan baik kaler baju mak-mak or pak-pak sedara time tu, balik-balik kaler kuning ayaq dengan brown.. dok pusing kot tu saja..

* Bila ikutkan si Najmi masuk kedai CD cari CD Otromen ke Power Rangers ke, ko boleh membelek CD Richard Max, Gun N Roses, Ekamatra, Mega, Black Rose, Meditasi, Illusi, Francesca Peter,pastu siap leh senyum-senyum, and bila saya tanya lagu-lagu kumpulan Qiara, awek kedai tu buat muka heran..hahaha
*Bila anak-anak sedara dok belek henpon saya, tanya "wenco ada lagu best tak dalam HP?" saya cakap ada, tgk le.. hahaha bila depa tengok bunyi mereka camni:- "best hapa ni..lagu tak pernah dengar pun, tajuk pun jiwang semacam je.." wakakakaka ada lagu teratai layu di tasik madu, ada lagu hanya satu persinggahan, ada lagu pusara di lebuh raya, ada lagu Seribu Bahasa Sendu, ada lagu Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati..hahahaha
apa lagi ekkkkk??? korang lak camner??


Pada yang bertanya pasal tips kalau budak demam panas dan kena sawan tu, boleh tengok akt entry lama mak pinat ek.. SILA KLIK SINI EK korang scrool la nengok entry lama-lama kat bawah tu ek..

Tuesday, February 10, 2009

Adik 8 bulan, demam


Update sikit 7.20pm:-
Pssstt pada u all yg dok sms/called hp darling i tu, dok tanya pasal acuan pie tee tu, ishkk mohon call/sms henpon cheq nooo.. hiks..mentanglah i letak no tepon dia kat blog cupcakes tu, menerpa pulak u all tanya laki pemalu i tu pasal acuan pie tee... hehe pastu kepada yang call tinggal voice mail kat hp dia tu, camner saya nak call balik, no hp tader, call nombor tertera, no opis, sapa namo?? opis mano?? uhuks.. kejamlah korang... kesian laki i tengah dok atas motor telepon berdering-dering katanya..hiks..

Alesya genap 8 bulan 9/2 yang lalu, tapi mamanya busy, tak sempat update blog. Ye la sayakan pembuat kek, penjual kek, tukang masak kat umah, tukang pegi paso (dengan hubby la, dia tukang bayo dan tukang bawa barang, eheheh), saya juga ada tanggungjawab menjaga kebajikan dua mertua saya yang uzur, so masa untuk saya duduk depan pc very limited tau, masa yang ada kalau tak buat cupcakes, saya sediakan makan minum untuk mertua saya berdua, sediakan minum petang, minum pagi.. seronok masak-masak bila ramai tukang makan. ehehehe, ohohoho saya perlu diet gila-gila semula setelah tak berapa berdiet kerana hari tu emak ada, plus saya asyik masak-masak..masak dan masak je..pastu makan.. sekarang walau masih masak, saya tetap marah diri saya kalau makan..hahahah rugi ooo dah beli byk baju size 48, kang tak muat.. (hiks...motivasi diri occay)

Ok, Alesya yang genap 8 bulan menyambut hari jadinya dengan demam, saya sangat cuak/suspen bila anak-anak demam panas. Bagi yang dah lama follow blog mak pnut ni, tau le kesahnya Najmi yang pernah 3 kali kena sawan/tarik masa demam panas. Very horror ok..so tiap kali Najmi or Alesya demam panas, saya tak leh lena tido malam, saya tak leh nak tinggalkan mereka lama-lama dari pandangan mata. So semalam saya cuti, puas hati nak monitor anak depan mata, tak sanggup untuk ambik risiko lagi, cukup 3 kali rasa sangat suspen masa Najmi kena dulu. No...saya akan cuba sedaya upaya ianya tidak akan berlaku pada Alesya, Insya-ALlah dengan izin Allah Taala.

Semalam demamnya melebih 37.5 celcius, for sure panas kan..so saya bukak skirt dia, t-shirt dia, basahkan napkin, dan lap badan dia, samapi suhu turun, basahkan kepala dia. No!!! saya takkan biar suhu jahat demam panas naik ke 38 celcius. NO... Najmi telah kena tarik masa suhu dia mencecah 39 darjah celcius. And Alesya is very-very-very good girl, bukan saya je cakap, malah semua-semua yang pernah datang rumah mesti cakap Alesya good girl, agaknya makbul ramai org ckp begitu, dia sangat jarang menangis, melalak, walau demam, dia hanya merengek kecil, sampai bapak mertua cakap, "ni kalau budak lain dan tak boleh buat kerja merap, tapi dia ni baik sungguh," Aminnnnn

And kelakarnya, Alesya harus 'berperang' nak tido dengan tongkat opahnya, ehehehe, baru je dia nak lelap, berunyilah tongkat opahnya, ketuk ketak..ketuk ketak..terjagalah dia...ehehe, and semalam akhirnya saya bawa dia masuk bilik, tutup pintu, dan Alesya tido dari 2.30ptg sampai pukul 5 ptg..eheheh tu dia..balas dendam dia tido.. ingatkan saya nak update blog, tapi rupanya saya pun tido jugak..hahahahah

Okeh, ni pic Alesya yang ditidokan di atas katil mama, cian dia...demam..



And ni pic abang dan adik, actually ni kat klinik, Alesya nak kena cucuk, so demam tu sebenarnya berpunca dari kesan kena suntik la. Cian adik abang ek... And doktor pompuan kat klinik tu memang dari dulu check Alesya, sbb kebetulan kami selalu pegi cucuk hari Sabtu, and Sabtu adalah hari dia duty, kalau hari lain dengan doktor Daneil yang anak kacukan yang kacak ittew..Oh hensem weiii

Tapi.. walaupun diberi ubat demam, tapi ubat demam dari Klinik Kita (Cheras Perdana) juga yang saya kira masih bagus. Ubat demam Najmi mmg stok dari sana, sebulan or dua bulan sekali memang kami ke sana amek stok ubat demam Najmi, sebab saya rasa ubatnya elok, dua tiga kali minum ok demamnya, berpeluh-peluh budak. Alesya is actually mulanya diberi ubat dari Klinik Mediv*ron tu, tapi kureng la.. and sy kasi ubat si abang pada dia dalam dos kecil yang disarankan doktor, Alhamdulillah, berpeluh dia lepas makan ubat tu, and malam semalam dia dah gelak-gelak bermain-main, dan hari i dah ok. Dulu saya ingat sama je ubat demam dari klinik mana pun, tapi bila pindah Putrajaya, kami dah pegi beberapa klinik, and rasanya kat Klinik Kita tu juga lagi ok.. hahah mujur company darling cover tau, so sekali pegi amek ubat, mmg mintak 2 botol terus.


to do or not to do..
As promise my darling give some amount of money, agak beso jumlahnya bagi saya yang gaji tak berapa beso and bonus manja-manja jer dari gomen. With that money darling kata itu hak saya, dah dia beri, terpulang saya nak buat apa... Disebabkan saya bukan dapat ratus-ratus ribu macam Datuk K bagi kat CT, maka saya kena timbang tolak, campur darab bahagi apa saya perlu buat dengan duit itu. Of course pertama kali memang terlintas nak tempah langsir baru, langsir lama dah setahun lebih tergantung, and saya pulak seorang yang gilakan langsir, so sy terfikir perkara itu, ermm kemudian saya fikir, nak pasang air cond kat bilik, tapi darling kata itu tunggu rezeki dia yang lain, dia akan pasang, then saya fikir nak beli lemari..hahaha tapi lemari yang saya suka sangat mahal, saya kena top up duit sendiri nanti, uhuhuhu tanak...

Ermmm darling memang bercadang nak buat wakaf depan rumah so that kami boleh bersantai lepak depan rumah petang-petang, minum petang sambil tengok anak-anak kecil di kejiranan bermain-main. Setelah berbincang, kami nak buat wakaf, ala-ala anjung, means boleh akses dari dalam rumah, kami hanya perlu pecahkan tingkap tepi pintu masuk utama tu, and buat akses terus keluar ke wakaf kami nanti, means, mertua saya boleh bersantai-santai petang-petang di situ. And that benda cost us about ****K ermmm darling don't have enuff budget for that, of course la, dia ketua rumah, banyak kena dia kena utamakan kan..kan.. so maka perlukah saya tidak membuat langsir baru?? dan melabur ke arah ittew??? wahhh berangan occay... berangan macam ada duit jota-jota gaya..

nampak tak tingkap comel tu? kami hanya perlu pecahkan belah bawah tingkap tu dan labuhkan frame tingkap tu, and dari dalam rumah boleh terus ke anjung/wakaf itu,

Wednesday, February 04, 2009

Mak Ayah was here and Pie Tie


Pssstt update sikit, kat bawah sinun gue udah letakkan pic acuan pie tie sila scroll...

Alhamdulillah, selepas beberapa pujukan, emak dan ayah mertua saya setuju tinggal di rumah kami, tak pasti untuk seketika atau hajat kami, biarlah selamanya pun tak per. Sebab melihatkan keadaan mereka yang sudah uzur sangat, kami tak sampai hati 'bersetuju' dengan mereka untuk terus tinggal berdua di kampung, darling kata, ini masanya anak pulak jaga emak bapak. Walaupun mereka berat hati hendak meninggalkan rumah. My ayah mertua, agak rasional, dia tau dia sendiri tidak upaya tidak berdaya menguruskan diri sendiri, menguruskan emak yang uzur, jadi dia agak menurut apa saranan kami. Cuma emak masih selalu menyebut bila nak balik.

ALhamdulillah ayah dan emak agak sihat di sini, ye la.. kan ke menantunya gemo memasak, jadi selalu saya masakkan menu kegemaran diaorang, hari cuti saya masak pajeri nenas, fav, ayah, dan ikan cencaru sumbat sambal kelapa, wahhh bertambah-tambah makan mereka. minum petang saya buat bubur cha-cha, ada popia, ada je la menunya.. and semalam ayah mengusik emak,"hah, kalau kamu duduk Sauk, dapat ke makan macam ni? ada duit pun tapi tak der pegi kedai, tak der orang memasak, makan lauk yang dihantar orang kedai je," pastu emak gelak-gelak..

Emak mertua saya ingatan dia kadang-kadang ok, kadang-kadang dia macam nyanyuk sikit, tapi Alhamdulilah, kami pernah bela arwah mak tok saya semasa arwah uzur, dan pengalaman menjaga arwah abah yang juga kena stroke dan jadi nyanyuk-nyanyuk sikit. Kadang-kadang seronok juga menyakat emak, kerana suka dengan dia gelak gembira. dan kami ramai-ramai akan gelak-gelak. Macam dua malam yang lepas, dia beriya-iya menyuruh darling tolak kereta sorong ke bilik bakeri saya, katanya itu bilik tido dia, ada katil kat situ, kami cakap bukan, itu tempat saya buat kek, tp dia beriya kata itu bilik tido dia.. eheeh last-last kami sorong dia ke bilik bakeri, bukak lampu, dia terkejut, kata dia, hah mana kome alih almari baju aku? mana katil aku... eheheh kitaorang cakaplah, tu la emak, ni bukan bilik emak, ni tempat buat kek, pastu dia tanya, abih tu mana bilik aku? kami sorong dia ke bilik, baru dia ceria dan gelak... laaa aku ingat kome dah alih katil, rupanya itu tadi bukan bilik ye..

Saya pernah tulis dahulu kan, setiap apa yang berlaku semua ada hikmahnya. Allah sudah rancang dan susun yang terbaik untuk kita. Masa kami buat keputusan beli rumah sekarang, rumah teres semi d setingkat, walaupun pada masa itu, kawasan kediaman sini masih suram, kedai pun kurang, jalan masuk pun penduduk buat sendiri je, walau darling agak berat hati kerana kurang berkenan dengan persekitaran, tapi saya beriya-iya juga nak beli rumah ini, then korek segala saving, abeh jual segala saham beriya-iya kami renovate, puas hati dapat rumah luas dan lapang, rupanya hikmah ini, kami dapat jaga emak ayah, boleh di sorong kerusi roda emak ke hulu ke hilir dalam rumah kami, dan rumah setingkat, tak perlu emak naik tangga. (tak mampu pun dia jijak tangga rasanya).

And kemudiannya ke hulu ke hilir saya setiap petang mancarikan pengasuh Alesya, tak ke temu, sampai saya putus asa, kalau ada pun, saya kurang minat kerana faktor kebersihan bakal penjaga, (ye la anak saya baby prem, mesti jaga dengan baik) akhir kak Sya rekeman bibik ini yang dia sudah kenal, bersusah payah kami usahakan permit kerja bibik, dan hikmah juga kak Sya tergerak hati nak bertanyakan kami hendak bibik atau tidak. Dan dengan ada bibik, kami boleh jaga emak ayah, kerana bibik ada di rumah membantu jaga emak ayah. Dan bila saya uruskan emak, bibik tolong jagakan Alesya, bila saya uruskan Alesya, bibik bantu uruskan emak. BIla saya memasak, bibik akan kemas, jadi urusan kerja saya cepat. Walaupun ada bibik, tetapi memasak tetap saya yang lakukan.

Darling kata, biar anak-anak tengok macam mana kita jaga orang tua, sekurang-kurang bila mereka besar esok meraka tau anak-anak ada tanggungjawab kepada orang tua, ya itu benar, saya pernah tengok emak uruskan arwah mak tok, cuci kencing berak, jaga makan minum, saya dah biasa, jadi saya rasa tak kisah menjaga orang tua. Kami hanya perlu jaga dengan penuh kasih sayang, dan tentu-tentu ganjaran Allah ada untuk kami. Dan betul pun, rezeki order cupcakes mencurah-curah, seolah-olah bantuan tiba untuk bantu belanja dapur kami. Ermm zaman sekarang, gaji yang kita dapat tu, tolak hutang itu ini, berapa je pun tinggal kan, jadi cupcakes tu sangat membantu menjana belanja dapur seharian. Alhamdulillah.

tengoklah mereka masih romantik, saling memerlukan

OK..tamat cerita itu.

Saya nak kasi resepi pie tie, khas buat Cik Wan, kawan office darling yang minta darling tanyakan saya resepi pie tie. Alaaa yang sedap rangup di makan di Chicken Rice Shop (CRS) tu, tapi harganya mahal tu..ermm kalau Najmi 6 ketul order tu, dia sorang je makan, babahnya pun sama, berkenan bebeno, bankrup tau..jadi ahkak usahakan segigihnya cari resepi, dan adjust resepi supaya mendapat hasil yang best, dan tak payah le beli kat CRS lagi.

Ok Wan, sila copy paste and print ye..
Bahan untuk bancuhan tepung
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
2-3 sudu tepung beras
sebiji telur
air secukupnya.

Cara dia Versi orang yang nak mudah macam ahkak le kan..
Masuk je semua bahan dalam blender, masuk air sikit, blend je..
confirm halus mulus bancuhan tepung korang

then goreng la, celup acuan dalam bancuhan, dan rendam dalam minyak panas dalam kuali.(alaa macam buah kuih ros/kuih loyang/kuih goyang tu)
(adunan ni jangan likat sangat, jangan cair sangat)
kalau pekat sangat nanti tebal dan liat sikit, kalau cair sangat, kang tak lekat dicelup ke acuannya.

Okeh bahan inti sumbatnya
Karot sebiji yang besar tau.kalau kecik dua biji la
sengkuang sebiji (sederhana besar)dua bahan ni di parut
taugeh agak-agak la kan..
semua ni dicelur dengan sedikit garam

ayam kisar ramly tu sebungkus (kalau tak der, guna dada ayam, cincang)
telur hancur (scramble egg)(2@3 biji telur)
isi udang, gunting-gunting isi udang tu
separuh kiub ayam
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
bawang putih sebiji
garam

Cara
tumis bawang putih
then masukkan ayam kisar, udang masukkan air sikit je..jgn byk
then masukkan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah, masak sampai kekeringan

sos cili (sama cam sos cili nasi ayam)
sedikit cili besar merah tu (jangan yg jenis berkilat, tak sedap)
sebiji bawang putih
sesudu perahan limau nipis
garam dan gula
dua sudu sos thai,
sesudu sos cili
sedikit air,

Cara dia masak semua bahan tu sekejap

dah siap tu gaulkan semua bahan dicelur, dengan scramble egg tadi dan sumbat dalam sarang pie tie tadi..dan time nak makan tuang sos cili, kru-kruppp sedap rangup..

Najmi sorang je makan lebih 20 ketul, sampai tak makan nasi, kenyang dengan pie tie tu.. ehehe, bestnya sarung pie tie tu boleh simpan dalam bekas kedap udara, boleh makan lagi esok-esoknya...

okeh tengok pic (cam besa, korang kena klik la pic tu utk tengok beso sikit)


sarung pie tie tu





iyaaa kengkawan, inilah rupanya acuan yang akan membuatkan korang rasa hebat ittew, tanpa acuan ni tak guna korang copy paste resepi kat atas sinun..hiks..tak bermakna occay... and tak perlu pegi cari kat supermarket, tak ado nya nak jumpe... ahkak jumpa benda alah ni dijual kat kedai supplier barang borong untuk orang berniaga, kat pasar borong sri kembangan nun.. Zar tetiap hari pun lalu pasar borongkan..leh kirim ngan dia.. eheheheh, siapa yang jauh dari sri kembangan tu, nak mintak saya belikan acuan ni, sila email/sms/atau ym ye.. saya tau memang susah nak cari benda alah ni kat kedai biasa, kalau korang jumpa korang memang hebat.

harganya ialah RM22, tp hari tu saya bodek dapatlah murah sikit, kalau u all nak kirim, leh sy katakan harga mungkin..saya bilang mungkin ye..mungkin saya boleh dapat RM18 macam saya beli itu hari... tak termasuk kos penghantaran ye.. siapa nak cepat bgtau, saya beli saya pos sekaligus kat korang, siapa lambat tak koser ahkak nak layan. macam itu hari u ouls nak kirim MMt untuk susu badan tu, dah siap saya tolong order untuk si A, dan B, tetiba si C merayu domba minta kirimkan jugak.. kan saya kena order dua kali..hiks..

Tarikh tutup permohonan di atas ialah pada minggu depan.. Tak rugi oo beli acuan ni, korang boleh rasa hebat membuat pie tie sendiri, dan boleh eksen dengan tokei CRS tu, korang tak heran dengan pie tie dia yang mahal tu...hahahhah tak bermoral la ahkak ni kannnn..
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino