Thursday, April 26, 2007

Mari buat cup cakes


Projek sempena cuti Pertabalan Agung.
Test buat cup cakes, ilmu kalau dapat tak dimanfaatkan membazir le kan, so dengan sokongan moral dari encik darling, maka aku membaking. First batch buat cup cake, tah hapa je jadinya, kek bantut la.. Second batch ok sikit, kebetulan aku nak buat cup cake ni, dan sorang office mate tau, dia lak ckp nak order.

Dan memandangkan aku dalam proses try and error dan learn from mistake, aku try buat dulu, dan aku cakap, tengok hasil dulu then baru bayar. Aku pun tatau berapa nak amek sebijik, hehehe, sbb ada 3 size aku buat... so tengoklah hasilnya?? ok ke tak??

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tulisan buruk, masih belajar, first time buat sendiri benda-benda gini, tangan pun menggeletar lagi nak menulis dengan piping dan nozzle nih..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
OK ke tak??? macma buruk je aku nengok..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
4 pcs in gold box, ikat dengan organza?? Nak order sempena Hari Ibu? Kalau berani cubalah..hahahaha

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kehabisan idea sudah ni..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
16 pcs in a box, hasil kerja tangan kali pertama...lepas ni try lagik...jenuh la jiran-jiran aku makan kek...heheheh

Sunday, April 22, 2007

Bengkel cup cakes


Well..life goes on, sakit dibadan, kalau diubat memang cepat sembuh, tapi sakit dengan emosi susah nak sembuh. Sebab bukan boleh makan ubat macam kita sakit, untuk baik pulih emosi kita. Hanya diri sendiri. So well, untuk meng'happy' kan diri sendiri, aku plan nak join kelas baking cake. Untuk basic-basic aku mulakan dengan kelas or bengkel Cup Cakes yang dianjurkan di Akademi Citra Klasik, Kajang sabtu yang lepas. Owner di Kak Pau, dia ada bukak kedai kek kat JPA dulu, dan aku suka makan Blueberry Pie dia, sedap, dan roti-roti dia pun sedap, so kebetulan kak Pau ni join dalam forum wanitamelayu.com dan aku dan beberapa geng wmdc, join bengkel ni.

Again thanks to darling kerana belanja aku join kelas ni, because he will always support me in whatever i like to do..gubah bunga, buat kraf, and now aku nak belajar baking and future plan nak belajar menjahit. Bukan nak bisnes, tapi untuk diri sendiri. Hahah dah pandai menjahit nanti, boleh le jahit langsir sendiri, beli sendiri kain corak Elyza's dan boleh aku jahit sendiri...(berangan ko.) And aku excited nak join lagi kelas baking ni in future.. Anyone ada tau kelas bakin betul-betul for dummies ni?? sebab kelas hari tu, macam untuk yang dah terror je, aku cam blur-blur sikit, tapi ilmu tetap dapat.

Hehehe disebabkan pasaran cup cakes ni mahal, ada sampai sebiji dekat RM3, paling murah pun RM2 sebiji, maka aku pun belajar lah buat sendiri, nanti leh buat sendiri, heheeh dah terrer nanti korang leh ler tempah ek, dapat duit, leh buat modal pegi kursus lagik..

so ni lah pic semasa kami kursus kat Akademi Citra Klasik...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yang baju hijau tu la kak pau, sedang buat Chocolate butter cake, senang je buatnya. itu kek pertama, kek kedua ialah Kek Butter Badam, dan ketiga ialah Sponge cake Capuccino.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kami nampak cikgu buat kek dari cermin, dan sukalah Kak Pau ni, mulut meriah, kita pun ala-ala mesra alam nak belajar. And kek-kek dah siap diagihkan untuk belajar decorate cup cakes ni. Kami dapat lebih 10 biji sorang, lupa nak kira semuanya berapa.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
and ni cake yang terjadi hasil kerja keras tangan aku...i know i can do better than this, tunggu aku practice

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
yeah..memasing menunjukkan skil, ada akak-akak yang dah terrer buat cake dan deco cake, dan mereka pun baik-baik tak kedekut ilmu


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jadilah jugak kan?? for the first time ni.... first time ni, pegang piping beg tu, dan first time nak deco cake...Nanti aku akan practice lagi.. sampai dah terrer, korang order tau...

So anyone berminat nak join kelas baking, sila tinggal komen, nanti kita set pegi beramai-ramai... boleh pakej ke kak pau??? :-D

Tuesday, April 17, 2007


Di hari Sabtu yang silam, kami beberapa blogger berkumpul dan berBBQ, sayang semua orang kerana menjayakan acara gilang gemilang ini ahaks, takder plan sangat, tiba-tiba aku dan Daun terasa nak BBQ, maka Daun jadi utusan ajak mengajak.


Next time kami akan war-warkan acara ini dan harap dapat ramai lagi join. Kami memanggang 4 ekor siakap, sekilo ikan pari, dan empat ekor ayam. dia tiga keping lamb. best..
Spyz sempat melayan blues, main gitar dengan nyanyian iringan Najmi dan Arif. Dipersembahkan...tadaaaa

Berdua Lebih Baik..




Di kesempatan ini jugak, (macam ucapan raya daaaa...) aku nak ucapkan terima kasih atas doa kawan-kawan atas kehamilan aku hari tu, atas doa agar kandungan selamat, doa kalian agar aku tabah selepas kehilangan itu. Inilah episod paling sedih dalam kehidupan rumah tangga aku selama hampir 7 tahun ni.

Benar kata MAK ANDEH masa aku chat ngan dia masa aku tengah sedey-sedey hari tu..kata dia.. :-

Senang Ingat : masa first day lps d & c tu je rasa pedih2 pas tu ok...
Senang Ingat : yup banyak lapangkan fikiran..
Senang Ingat : hubby pun ok, banyak dok tenangkan kita...
MA : alhamdulillah - u have a very good husband. itu lah hikmah nya
MA: tuhan amik yg lain, dia bagi yg lain (lebih baik
)

Yes aku sedar, walaupun aku selalu dok komplen kat darling, ada je peel dia yang buat aku geram, aku tak puas hati, tapi I love him so much, and betul the hikmah is, dia try to make us happy. Thanks babah. And my coming birthday punya hadiah pun sudah di book..ahaks... Thanks...thanks...sebab kebetulan birthday aku tahun ni jatuh pada time cuti sekolah maka segala hotel kena booking awal, melepas karang... so tader le surprise, sbb tukang book itu adalah aku. Hehehe....

Thanks to semua my blog reader.... u all my true friends. sentiasa bersama di sini... terharu maks ouls...

Saturday, April 14, 2007


Langkawi Last Episod,

Lps balik dari Cable Car, kami pegi ke Pantai pasir Hitam, then Galeria Perdana, then terus shopping kat Kuah, lupa nak amek gambar kat Pekan Kuah dan kedai Idaman Suri yang pinggan mangkuknya alahai murah-murahnya, kalau aku naik kereta balik ikut jeti, sure berangkut jugak.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Yang ni pic kat Pantai Tengkorak, cantiklah sangat pantainya, bersih dan privacy, tak ramai orang, pelancong luar tak ramai yang tahu pantai ni, kami pun nasib baiklah Cik Gaban bawakan kami ke sana, dua kali kami pegi sana, mula-mula sessi melihat je, sebab tak bawa baju swimming Najmi dan tuala pun takder. Esoknya pagi kami check out dari hotel, dan lepak jap kat pantai ni sejam lebih je, then terus pegi airport nak balik dah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Seronok betul kat sini, kalau ada rezeki datang lagi, aku nak datang sini dan bermandi manda kat sini sebab mmg tak ramai org.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Gambar-gambar bercampur aduk, heheh kejap kat sana kejap kat sini, berterabur dah, nak story pun payah..hehehe
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Okes, abeh entry kat Langkawi, next trip darling janji nak bawak pegi Sabah pulak, actually holiday ni pun nak pegi Sabah plan asalnya, tapi bila kira kos, agak lebih tinggi ke sana, so kami pegi yang murah sikit, sebab selagi urusan rumah tak setel lagi, takut nak berbelanja lebih. Selesai hal perpindah rumah, renovation dan setel, kami berjalan lagi.

Thursday, April 12, 2007


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Lepas kitaorg keluar pegi round tgk tempat shopping, on the way balik hotel, kami singgah ke Underwater World, and kebetulan time tu ada karnival Pesta Air, then kami terus jalan-jalan sekitar situ. Balik je hotel, Najmi pun beraksi terjun tiruk, dalam kolam, tiba-tiba dia nampak pantai, dan merengek nak pegi jugak, walau hampir senja, tapi dia nak jugak. Aku pun bawakan sekejap, takut esok tak sempat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pic yang tepi laut tempat kapal-kapal mewah parking, tepi Petronas dan tempat cantik, macam kat obersi lak.. Pehtu naik kabel car, adeh masa mula-mula tu cuak jugak, gayat, tinggi, dan sayup je nampak hutan-hutan kat bawah tu... Thanks pada Aida kerana sudi bawa kami jalan-jalan. Nice knowing you.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Memang best di puncak ni, cumanya kalau diaorg lagi kreatif, buatlah cafe yang best, or tmpt org piknik, mesti best, tak lama kami kat sini. Sebab nak pegi Pantai pulak lepas ni.
Coming Soon Episod lain pulak, tak ingat dah episod berapa. And masa ni ingat aku makin naik berat sbb masa pregnant hari tu kejap naik 2 kilo, but lps balik rumah timbang, eh turun sampai 4kg..seronotnya... padahal kat sana rasa bersalah je, memalam makan nasi, coz aku berpantang so limited benda yang hendak dimakan.

Wednesday, April 11, 2007

Langkawi Episod One


Episod One katanya...
biar gambar saja bercerita buat seketika..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Lepas check in rileks kejap, kami keluar pegi usha port-port shoping..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Langkawi Episod Two, Three, coming soon.

Tuesday, April 03, 2007

gone with the blood



Nak tulis apa ye....
Nanti sedih lagi....
Tak Nak menangis dah..
Allah Maha Mengetahui atas apa semua berlaku...

Hanya yang pernah melaluinya saja yang tau bagaimana rasanya...

1 April 2007 malam, dengan kekerapan sakit perut dan sakit pinggang yang ketara setiap 5 minit, dan petangnya darah turun dengan banyak, maka hanya ada satu kekuatan, zikir dan ayat yang diberi Uztaz Darul Syifa. 7.50 malam, dengan sakit perut bagaikan hendak buang air besar, sekali diteran, maka gugurlah sektul daging merah yang masih lembik. Gugur bersama air mata kesedihan.

Dimeja abang 'bakal abang' sedang makan, bila dia tahu 'baby' dah takder, dia menangis, menangis sekuat hati hingga teresak..marahkan mama "Kenapa mama pegi berak, kenapa berak...orang suruh duduk rehat, kenapa pergi berak, kan adik kita dah keluar," Ya ALlah, budak kecil ni tidak memahami. Dia sambung "Kesian kita mama, kesian kita tak der adik, semua kawan kita kat sekolah ada adik, F tu budak notti, pun Allah bagi dia adik, kenapa kita tak notti kat sekolah kita takder adik, " tangisan aku dan sama naik dengan tangisan dia. Sampaikan darling tengah solat di atas pun tak senang dan turun tenangkan kami.

Aku suruh dia cepat makan, kita kena pegi hospital. Dia tanya dalam tangisan "Nanti doktor masukkan baby balik ke?" Ya Allah.... aku terdiam, hanya air mata je yang berkata-kata...

Masuk dewan bersalin, doktor scan dan cakap "masih ada bersisa, esok kita cuci," aku diam...

Semua selesai, kini dah balik rumah...tetapi kesedihan masih bersisa....

Kawan-kawan, terima kasih atas doa kalian, nampaknya Allah lagi berkuasa, dia belum nak makbulkan doa kita.. Insya-Allah, harapnya selepas ini masih ada berita gembira untuk kita kongsi bersama, walau aku sudah masuk tahap phobia dan trauma.

Emosi aku kacau.... Blog ini tidak akan diupdate seketika... Aku perlu masa untuk diri sendiri.

Plan ke Langkawi kami akan teruskan.. Aku kena tinggalkan 'kesakitan' ini seketika, lari dari sini seketika, aku tak mau berduka, berduka nestapa untuk orang yang kalah, aku nak kuat. Doakan kami selamat pergi Selamat balik, aku nak tinggalkan duka di Langkawi., benamkan dalam laut di sana. Ada hikmah juga aku pilih tarikh 6/4 untuk terbang ke sana, lihatlah cantik Allah aturkan. 3 bulan lepas, masa aku booking date ni, aku belum hamil, dan minggu lepas, kami sudah bercadang batal percutian ini, tapi dugaan ni terjadi, dan aku kena pergi sebab aku tak boleh berduka di rumah. Kalau Cik Gaban nak jumpa saya, boleh email saya, kita berjumpa. Bawalah saya bergembira....

Terima kasih semua..............
 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino