Tuesday, November 28, 2006

Najmi send card dan video nyanyi


Tengok gambar dulu ye..

Satu malam, ni Najmi main game kat disney website, tiba-tiba dia klik pada e-card ni, so dia tanya e-card tu ape? aku cakap le e-card ni kita boleh bagi kat saper-saper yang kita suka, dekat email dia. Dia tanya lagi email tu apa? Aku jawab email tu, macam surat, kita boleh tulis apa kita nak pada orang yang kita suka, macam kita tulis surat, tapi kita taip kat pc, nanti orang tu boleh baca kat pc, nanti orang tu tau kita ingat dia.

dia pun oooooo..."nak...kita nak hantar kat akilah dengan ammar," (Akilah dan Ammar ada sepupunya kat Bkt Antarabangsa)

Aku cakap aku tak tau email ibu atau ayah Akilah, tak boleh hantar. Kemudian dia jerit, "Ok, kita nak hantar dekat abang ABANG MAT JAN (huhhh again?? idola dia ke hapa??)

Then aku tanya, Najmi nak tulis apa? dia cakap "kita nak tanya dia bila nak datang rumah kita lagi?" Then aku cakap, kan hari tu dia dah datang...

dia jawab lagi, biarlah, kita rindu kat dia..hahahaha, apakah Mat Jan telah lakukan?? ermmm, so ni gambar dia tengah belajar menghantar e-card

Photobucket - Video and Image Hosting
Najmi : Mama nak tulis apa?
Mama : Bacalah dia tulis apa? kan dia suruh tulis 'your name' Your name tu apa?
Najmi : Nama awak, ooo tulis nama kita kat sini ye...

So he wrote his name
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
sangatlah terkial-kial, aku ajar dia guna dua tangan untuk guna keyboard, aku perlu guide dia, cari huruf n-baris bawah, huruf j-tengah, huruf m-bawah, i-atas, dan ajar dia guna keyboard dua tangan, tangan kanan untuk huruf jkl; seterusnya, dan kiri asdf.. heheeh ala-ala belajar menaip.
ruang email tu, aku la isi, dia mana reti.

Photobucket - Video and Image Hosting
tadaaaa siap dah kad untuk abang mat jan dia... sweet yek...can't wait dia sending me a love-love mother card..hehehehe, jangan ngorat awek depan pc macam babah dia ngorat mama dulu hahahaha..

Cerita dia lagi..

Semalam dia tengok drama Dua Hati tu, tiba-tiba dia cakap,
Najmi : "mama, semalam kat sekolah kita main-main Dua Hati,"
Mama : Hah??? sape jadi Kyra, sape jadi Nadia?
Najmi : Izati Izzah jadi Kyra, Anis jadi Nadia, kita jadi Keros...(haha ade ke nama gitu dlm watak? aku tak follow pun)

hahahah lawak la budak-budak ni..mesti Izati Izzah dan Anis tu kaki layan drama-drama gini, hehehe kat rumah kami mmg jarang tengok drama-drama bersiri gini..

dan ya..semalam dia buat konsert gitu...nak dengar dia nyanyi???

Sunday, November 26, 2006

Wedding at Dewan Perdana Felda dan Sungai Buloh


Cerita pasal jodoh mendapat smabutan hangat, dari komen kat blog, email, ym...semua kawan-kawan bertukar pandangan..best jugak, tapi ada sorang mamat poyo ni, cakap, dia suka awek lawa, sbb bangga giler kata dia, kalau jalan awek lawa kat sebelah sumer orang pandang... hahahah tu dia..gitu pulak...

Ok pasal jodoh nanti la ada episod 2 nanti...ni nak story cerita weekend kami,

cerita Weekend kami

Sabtu-pagi lagi, pukul 9.30 pagi kami dah keluar, mula-mula pegi minum kat mamak, aku dah minum Herba Life and Red kopi guara dari rumah, so i feel kenyang, so kat mamak, aku mamam capati, tu pun mak tak leh nak abeh ouls...tapi laki mak jeling2 mak abehkan jugak. Lepas mamam kat mamak, kami terus pegi ke MAHA 2006, aku drive, sungguh menyesal aku jadi driver, jam giler sepanjang jalan. Start dari highway nak masuk ke Serdang, sepanjang jalan nak masuk UPM, sampai lah ke MARDI, jam teruk.

Dari Jalan Utama nak masuk UPM tu, jam berkilo-kilo meter..nak sampai tapak pameran, tak sampai 8km, pun jam dekat 2 jam, lenguh kaki mak yang gebu asyik tekan clutch, tekan minyak. Sampai pun dah rasa penat, kami dapat parking kat atas bukit, dekat2 tapak pameran gak, jalan pun tak jauh sangat, lebih kurang 500 meter la kot... ada orang park kat bawah, menapak jalan ke atas, lebih 1 km kot.. kalau aku tak sanggup.

Tak lama sangat kami, aku pun tak tau nak beli apa, plus dah penat. so kami pusing-pusing masuk dewan tu, masuk dewan ni, aku beli pokok, darling beli frozen ayam goreng dan ayam pop corn tu, then kami turun nak makan. Tapi hall tmpt makan tu sesak, tak leh masuk, so kami pusing masuk dari entrance lagi satu, satu hal pulak nak cari tempat duduk. Darling makan nasik, Najmi tak makan, sbb dia dah makan mee masa kat cafe dlm satu hall ni. Aku makan rojak je. Lepas makan nampak cam nak hujan, so kami cepat-cepat round dan terus balik. Darling dan Najmi dan laju ke depan, aku masih melenggang mcm itik pulang petang, tp laju gak le. Aku tak sempat sampai kereta, hero dua orang sempat gak, hujan lebat, basah aku...

Petang tu kami calling encik MAT JAN ajak datang rumah, ingatkan malam tu nak pi tgk happy feet, tapi tiket lak abeh. Tapi kami perlukan khidmat Mat Jan untuk menjagakan Najmi, esoknya.hahahha ye tuan-tuan dan puan-puan, selain pandai menulis blog dan menyanyi lagu rap, khidmat Mat Jan dalam menjaga budak boleh di puji..hahaha..

Esoknya kami pegi kenduri kawin kat Dewan Perdana Felda, majlis agak formal, so Najmi tak di bawa, kami tinggalkan dia menebeng dengan abang Mat Jan dia kat kedai mamak, balik dari kenduri di situ, kami amik dua orang ni, terus pegi Sungai Buloh, ada lagi satu kenduri. Kat sana hujan lebat sangat...balik pun lambat. Balik dari situ, terus hantar Mat Jan balik Tmn Melawati, then kami pun balik.

Sekian cerita hujung minggu...yang aku nak higlight ni... tadi masa mak nak upload gambar-gambar kami kat MAHA semalam, dan gambar wedding tadi, mak rasa mak nampak kurus sikit..hahahah tp kan, mak memang dah susut le sikit, dah lebih 7kg mak luak sejak mak amalkan minum kopi red guara dan diet sikit-sikit... sbb badan aku sbl teruk naik... sampai muka sembam, mcm bengkak-bengkak...skrang dah kecut sikit...

tgklah gambar mak ni..ada perbezaan kans.... so kepada sesiapa yg ragu-ragu khasiat kopi ni leh bantu kalau kita nak diet, percayalah setelah melihat mak dah kecut sikit..dan jangan tak tau...mak minum Herba Life sekarang...tunggu mak kecut lagi nanti...heheh tp jangan le berangan mak selim macam era pajira...dapat dua kali ganda era pun jadilah....hahahaha biasalah mak kan poyo...

Photobucket - Video and Image Hosting
ni masa bulan 7 hari tu

Photobucket - Video and Image Hosting
ni semalam 25/11/2006, masa pegi MAHA, saja je, cari gambar pakai baju dan tudung yg sama..


Photobucket - Video and Image Hosting
Kembang muka macam terlebih baking powder

Photobucket - Video and Image Hosting
ni dah kurang sikit baking powder...

Amacam?? dalam masa 4 bulan mak berkurangan la jugakkan 4-5kg, jadilah....ni mak tengah gigih lagi ni..berilah sokongan kepada mak ye adik-adik...ahhahahahhahah

GAMBAR KAMI DAH UPDATE

Tuesday, November 21, 2006

Jodoh Kita


Hari ni nak jadi Blog skema sikit hehehe

Nak cerita pasal jodoh la..
Ada kawan-kawan saya risau mengenai jodoh, (I am 31 occay...)

so can u imagine ada kawan-kawan baya aku tidak bertemu jodoh lagi, ada kawan masa sekolah dulu, ada kawan masa uitm dulu. Soal jodoh ni memang ada kala memberi tekanan. Bagi aku sendiri, suatu masa dulu, dengan bentuk fizikal yang umpama saiz peti ais dua pintu ni, aku selalu rasa aku takkan ada org nak couple-couple ngan aku. But aku still percaya, akan ada lelaki yang tak pandang sangat fizikal, means ada lelaki akan suka perempuan bukan kerana dia cantik, sedap mata memandang. Akan ada lelaki yang pandang perempuan dari hati, bukan hanya pandang dengan mata.

Memanglah yang cantik, lawa sedap mata memandang, tapi yang cantik tu belum tentu boleh jadi isteri dan menantu yang 'cantik' jugak. Yang cantik mungkin kekok masuk pasar membeli ikan, sayur pun tak berapa kenal, ikan tenggiri dengan ikan tongkol pun tak berapa kenal. Yang cantik tu mungkin terhegeh-hegeh nak menyiang ikan, jangankan menyiang ikan tilapia yang keras dan bersisik tebal, nak siang ikan ikan tamban yang senang pun jadi susah. Yang cantik tu belum tentu tau, apa dia perlu buat kalau nak masak asam pedas, nak masak kari ikan. Yang cantik tu mungkin pandai beli sos spagethi dlm tin, dan balik rebus spagethi, letak mushroom, letak daging cincang pun dah rasa dia tukang masak hebat.

Yang cantik mungkin tidak sebijak kita bila diajak berbual tentang pencerobohan Israel, tentang isu murtad yang menjadi-jadi, tidak juga mungkin kita ajak dia berbual tentang RMK9, malah yang cantik lawa mungkin tak tulis dan tak baca blog macam kita, jangankan buat blog, register email pun belum tentu. Tapi kalau pun dia memenuhi kriteria ini, mungkin dia kurang dari segi lain. Dan mungkin ada lelaki yang tak kisah semua ni janji aku dapat awek/bini lawa dan malatopssss.

Setiap lelaki ada citarasa sendiri ada yang nak perempuan yang boleh meredah lecah pasar, mencari ikan, yang tau mengisar berapa banyak cili, berapa banyak bawang, belacan untuk dia masak asam pedas atau masak sambal tumis. Ada yang suka memandang perempuan yang manja melayan budak-budak, ada yang suka memandang perempuan bijak, ada yang first choice perempuan tu mesti boleh 'masuk' dengan keluarga dia.

Jadi bagi kawan-kawan single lagi out there, jangan le rasa tertekan sebab belum bertemu jodoh dan rasa rendah diri. U should enjoy life, happy dengan apa kita ada, dan yang penting hargai diri kita sendiri, setiap orang sudah tertulis jodoh dia sejak dari rahim ibu kita kan, kalau dah tertulis dengan si polan-si polan, maka tiba masa si polan tu lah jadi teman sekatil kita.

Let me tell u the story... Dulu masa lps SPM, ramai kawan sekolah aku mudah dapat jodoh, kerja kilang setahun, kemudian terus dapat jodoh. Masa lps STP, ada kawan aku dapat masuk maktab, lps abeh jadi cikgu, terus kawin, aku rasa tersisih je, dah le aku masih kat universiti, pakwe pun tarak. Masuk universiti, masa sem satu, berebut senior-senior ngorat budak2 sem 1, nak buat awek, aku masih merapu dengan geng aku yang solo-solo. Sampai sorang-sorang dapat couple, aku maintain solo, tertekan jugalah kan, macam la kita tak laku sangat.

Until aku jumpa darling, yang mana darling jatuh hati (ewaaahhhh) dengan aku, orang putih kata love at the first sight.. Kami kenal tru chatting, berbulan chat, baru pertama kali nak jumpa, itu pun aku angkut 5 org kawan. Dalam 5 orang kawan tu aku sorang je XXL, dan kawan aku lain sumer comel. Tapi he choose me to be with him. That is jodoh kan?

Bila lepas tu kami keluar dating, dia buat penilaian sedikit demi sedikit terhadap aku, so by the end, dia cakap, apa dia cari ada pada aku, so dia cakap, "i want you to be mother to my future kids" hahahah amek ko...kelu lidah masa tu... nak nanges pun ada. Bila aku tanya kenapa aku? Banyak sebab dia nyatakan, yang tak perlu aku tulis kat sini supaya tidak dikatakan perasan macam cipan.

So that, kami kawin pada usia aku 25 tahun, dengan perbezaan umur 6 tahun. Not a big deal kan??? so what happen to my fren yang kawin lps SPM, lps STP tu, sorry to say, 8 dari 10 kawan baik aku yang kawin pada usia terlalu muda kita sudah memasuki perkahwinan kedua. Means, mereka gagal pada perkahwinan pertama, atas banyak faktor dan alasan, tentu menyedihkan, anak-anak jadi mangsa. Ada yang masih enjoy being single mother.

As we know being a single mother bukan mudah, semua orang berharap berkahwin dan berkasih dengan pasangan kita sampai mati, tapi tak semua orang bernasib baik. Tapi ada hikmah juga, being a single mother adakala membuatkan anak kita lebih menghargai kita lebih dari segalanya, dan a mother juga menghargai anak lebih dari segalanya. I know how MAK ANDEH and KAK SYA loves their kids very-very much.. and i respect them being such a very wonderful mother.

So hikmah kita lambat bertemu jodoh, mungkin kerana ia adalah selamanya untuk kita.

So jangan selalu berperasangka lelaki selalu memandang yang cantik, orang kata yang indah itu hanya sementara. Ada lelaki yang letak itu no.2 malah mungkin no.5

Sunday, November 19, 2006

Konvo Najmi


Malas berupdate, tak tau nak story apa.
Jumaat tengahari, jumpa AWEK CUTE NI sebab PAKWE ENSEM dia ada mengirimkan kuah mee bandung yang membuatkan aku terliur semasa membaca entry si awek dalam blog baru-baru ni, maka dengan muka sangat tak malu aku ngendeng mintak tolong belikan untuk aku sekali... huhuhu berbaloi sangat tahap ketebalan aku tu, sebab kuahnya ameeett sedap.. tengok gambo nih...

Photobucket - Video and Image Hosting
Sedap yek... thank you Sas, thank BP..

so entry seterusnya ialah entry bergambar...sbb malas berupdate, Sekitar majlis Konvo TADIKA NAJMI

Notti boy kena paksa tido
Photobucket - Video and Image Hosting


Atas katil, main je lagi..
Photobucket - Video and Image Hosting

I Said, sleeeeppppp....
Photobucket - Video and Image Hosting


Finally, tapi entah le betul ke tak tu...macam sengih je lagi... :-)
Photobucket - Video and Image Hosting

The Stage
Photobucket - Video and Image Hosting

Terima siji tadika utk 5 years
Photobucket - Video and Image Hosting

What??? Akhlak ???
Photobucket - Video and Image Hosting

Akhlak Terbaik??? confuse aku...nakal ke main, kat sekolah skema ke anak aku???
Photobucket - Video and Image Hosting

Sekarang sekolah cuti, so tak ramai student yang akan pergi sekolah, Najmi dah amik program Zamrud, iaitu stay sampai petang, so dia pegi sekolah macam biasa, at least ada intensif class, mana dia lemah cikgu tumpukan, dan tadi mintak cikgu dia suruh dia baca buku Bahasa Inggeris banyak-banyak, sebab dalam BM dia dah lancar, mintak cikgu dia tekankan banyak baca buku BI sepanjang cuti ni, sbb tak ramai budak, tak sampai 10 org je yang datang sekolah.

Hari tu ramai bertanya pasal tadika Najmi ni, so dah bagi link kat atas tu, boleh la usha-usha, so far kami puas hari dengan pencapaian Najmi dan kualiti pendidikan yang diterima. Masa kat dalam dewan masa berkonvo tu, kami borak-borak ngan parent lain dari cawangan Puchong, Damansara, pun majoriti puas hati, ada sorang brader ni ckp dia hantar anak dia tadika untuk 6 tahun je, 5 tahun anak dia tak tadika pun, tapi anak dia boleh catch up semua, dan boleh membaca lepas 5-6 bulan di hantar. Sama lah mcm Najmi, kami hantar awal tahun ni, dia belum boleh membaca, belum kenal huruf sepenuhnya pun. Tapi masa bulan 4, dah notice dia dah boleh baca suku kata, dan baca perkataan mudah-mudah, dan masa bulan 6, dia dah boleh baca yang simple, and sekarang memang dah lancar lah.

Kira kami puas hati lah, sebab budak ni bukan jenis tekun membaca kat rumah, dia main je kalau kat rumah, homework dia pun dia buat kat tadika siap-siap petang tu sebelum balik rumah, sebab balik rumah mmg dia depan tv je. And so far, ada jugak member-member office ni yang hantar anak ke Tadika cawangan presint 11 bagitau bagus jugak program pendidikan dia...so kira kami buat right decision la.. Heheh ikut perancangan tahun depan nak tukar Najmi ke Smart Reader, tapi dah nampak kat sekolah ni pun dah ok, English pun ada, fardu ain pun ada, solat semua di ajar, so kira complete under one roof, so tak jadi tukar-tukar. Tunggu darjah satu nanti kita usha english program kat Smart Reader.

lagi gambar leh melawat ke FOTOPAGES

Thursday, November 16, 2006

Jumaat Nan Indah


alamak.... tadi post entry satu cerita jiwang dari email yang kengkawan foward-foward, elok aku post entry tu, citer tu ada sambungannya... tiba-tiba bila aku cari sambungannya tak jumpa pulak dlm mail box aku..

uwaaa terdelete...

sentap korang hehehehehe....

soooo sorry gue kena delete entry tadi..saper sempat baca tadi tau le..
muahahahah tunggu entry gua pasal konvo najmi esok..tataaaaaa

dun wori...me and my darling aman bahagia, tiada lara....

cuma story dari email aku dapat tu tatau le kisah benar ke kisah tak benar, tapi ayat dan jalan cerita dia boelh tangkap leleh...sedey beb...

hehehe...

sesapa ada dpt email tajuk Satu Hentian, please email balik kat saya ye...nak simpan story tu...huk..huk...menci betul terdelete...

Tuesday, November 14, 2006


Sambil aku menaip entry ni, aku tengah makan kuih batang buruk yang palign sedap pernah aku makan, harganya RM12.00 sebungkus, tak der banyak sangat pun, tapi pedulikan, kalau dah sedap, aku memang akan beli. Lembut je terasa, bukan keras menikam lidah, malah dia punya kisar kacang hijau tu pun halus dan gebu..aduhhh sedapnya....

erkkk camner org buat batang buruk yek??? kulit dia goreng dulu ke?? pehtu sumbat kacang ke?? aku suka versi kacang hijau, tak suka versi kacang tanah. Hari tu kat radio Sinar FM, ada cerita pasal kuih-kuih raya yang dah pupus, banyak kuih/ makanan yang sudah pupus time raya, macam halwa maskat, halwa, dulu-dulu org-org kampung suka buat halwa betul, keringkan buah-buah betik, kemudian disira gula dan jemur.

Dan ada juga agar-agar kering, sekarang susah dah nak jumpa. Dodol pun dah tak kacau guna kayu api dah, baulu pun dah tak bakar guna kayu api dan sabut. Dulu-dulu ingat lagi, mak aku masih buat baulu sendiri, jenuh aku menimbuk (istilah kedah) atau pukul gula dan putih telur. Tepung dijemur. bakar dalam periuk, periuk tu isi dengan pasir, ada api bawah dan api atas, api kat bawah aku dah lupa samaada guna sabut atau kayu-kayu api tapi api atas guna sekeping zink dlam ukur 25inci x 25inci, dan dibakar sabut kelapa kat atas, time membakar tu pedih-pedih mata.

Tapi paling seronok bila baulu dah masak, dan time ketuk baulu bergolek keluar dari acuannya, panas, dan baunya ohhhh sungguh aku rindukan bau baulu yang dibakar dengan api sabut. Dekat-dekat nak raya, kami naik bas dengan mak balik ke kampung rumah arwah tok kat Penaga, kira-kira setengah jam kalau naik kereta jaraknya, tapi dulu kami naik bas turun bas le keter tak der, balik kampung tok sebab akan kacau dodol ramai-ramai. Suka sangat time dodol dah masak, panas-panas kemudian letak atas daun pisang, bau sedap dodol dan bila dah kena dengan bau daun pisang huhhh hanya orang yang merasai pengalaman camni je tau betapa rindunya saat macam tu.

Kemudian nak buat putu kacang, kacang hijau tu di tumbuk guna lesung kaki tu, atau pakai lesung yang besar, yang anak lesung untuk menumbuk tu macam kayu besbol yang sangat panjang. Biasanya ada dua orang akan menumbuk, sorang tumbuk sorang kat luar, tumbuk angkat...tumbuk angkat, gilir-gilir dengan partner kita. kemudian buat putu kacang, dah siap susun, kena jemur kat panas matahari. Dah elok 'masak' dengan cahaya matahari, kemudian ditabur dengan gula halus, yang ditumbuk dengan lesung batu tu jugak.

Kuih bakar atau kuih bangkit?? ermm mak aku dulu mmg pakar, dan memang setiap tahun akan ada yang menempah bersusun tin kami buat biskut, dulu-dulu orang letka biskut dalam tin susu...tin susu yang top tin susu lactogen dan dumex... heheh tak der tin susu S-26, SNOW, GROW. Nak buat kuih bakar ni pun mak cerewet, tepun kena jemur cukup tempoh, santan diperah dengan air suam, dan perah guna kain putih yang jarang, jadi santan yang keluar cantik dan tidak beserdak. Kuih bakar atau kuih bangkit mak memang lembut, tak keras, sebab tu ramai orang menempah.

Lagi 10 atau 20 tahun lagi, anak-anak kita tak kenal dah kot kuih bakar, baulu, putu kacang, macam budak remaja sekarang tak kenal halwa maskat, tak kenal halwa buah, tak kenal agar-agar kering. Anak-anak kita nanti kenal cheese cake, blueberry cake, almond london, mama carries, coklat chip. dah tak kenal biskut arab, biskut makmur, samprit.

Cerita Najmi
Hari Ahad lepas kami pergi ke Semenyih rumah abang ipar. Abang ipar aku ni dan biras aku Kak L, ada bisnes tadika, kelas Iqra' so Ahad tu diaorang buat konvo tadika dan penyampaian sijil kelas Iqra. So ada la diaoarg bagi door gift untuk kanak-kanak comel ni, budak Najmi pun dapat one set dam, dam ular tu tapi informative sikit la..bukan dam ular biasa tu, jadinya pueh le kami dipaksa main dam ular dengan dia... yang tak tahan tu, dia asyik nak menang, jadi kami terpaksa pura-pura kalah, dan lagi, suka hati dia pulak nak baling dadu berapa kali dia nak.. dan katakan dia nak naik tangga lagi 4 petak, boleh dia akan baling dadu sampai dapat 4 jugak, peh tu suka hati dia naik tangga.

Haru betul, terpaksa la aku dengan babah jadi mangsa dia, heheheh yang bestnya satu malam tu jiran aku datang, dia hantar ikan, dia pergi memancing hujung minggu lepas tu, abeh si A, tu dia paksa main dam dengan dia. Hahahahaha mamat tu kelentong je dia..hehehe.

Sabtu ni, konvo dia, mulanya kami ingat tak nak pegi, sebab nak pegi gathering GEJU, tapi bila kami inform teacher dia tak nak hadir, teacher dia cakap, datang la Najmi dapat a few hadiah, hadiah apa?? nantilah aku update balik lepas konvo dia, tp orang kata A journey of a thousand miles, start with one step kan??? betul ke peribahasa aku aku ni?? kalau salah tolong betulkan.

Sekarang dia asyik membilang hari untuk pergi konvo, pagi tadi dia bangun dia ckp, "mama, lagi 2 hari ye kita nak konvo?" hehehe budak-budak biasala...

Thursday, November 09, 2006

Skim Simpanan Pendidikan Nasional??


Korang tau pasal Skim Simpanan Pendidikan Nasional????? tentu le tahu kan???

Aku selalu dengar iklan kat radio pasal skim ni terutama kat radio era dengan suara Mr. Kiran tu...antara dialog nya :-

"alamak nak masuk universiti ni mesti nak pakai duit banyak kan?" kata si awek.

"Haah, mujurlah emak bapak saya menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) semenjak saya masih kecil lagi," kata si Kiran dalam iklan tu...


Hellllooooooo....

Tak silap aku SSPN tu dilancarkan tahun lepas je... Bila masa sejak ko kecil dah ada SSPN??? Iklan pun pembohong..nak masuk universiti tahun ni...simpan SSPN sejak dia masih kecil... Tak prihatin langsung... tak logik, skim baru dilancarkan tahun lepas, tapi buat iklan menyimpan sejak dia masih kecil..

Tak kreatif langsung... ini le akibatnya kalau tak pernah belajar mass comm, broadcast, advertising tp masuk line kerja broadcast, so keluarlah iklan ampeh gini, padahal mesej iklan tu bagus. Tak terfikir ke depa ada makhluk yg akan berfikir macam aku, aku rasa ramai kat luar sana perasan akan iklan ini, kalau korang tak perasan, korang memang tak seni langsung heheheheh

Kalau encik-encik di radio era nak buat iklan, fikir-fikir la dulu... heheh tu le keluar iklan Yusufffff tayubbbb.... berbisik macam pengantin di malam pertama je... ape hal pulak iklan buah kurma perlu nak vokal romantik ala-ala berbisik dalam kelambu tak sesuai la...

Dalam kes iklan SSPN ni, fikirlah cara lain nak menarik orang camner nak menabung dalam SSPN, bukan buat tak prihatin gitu... Darling cakap, awak ni benda macam tu pun awak perasan yek... hahahah jgn kan itu, dulu aku pernah tengok drama, sorang lelaki kena tangkap, tangan kena ikat ke atas, pakai baju tak der lengan, bulu ketiak hurmmmm kutu pun leh mati kat situ.. lepas beberapa minit ada adegan polis jumpa mamat kena ikat ni, dan nak selamatkan dia, masa polis nak tanggalkan ikatan tangan dia yang tergantung tu aku tengok ketiak dan licin... ayooooo sempat pulak cukur bulu ketiak yek.....

Minggu ni Sabtu aku kena bertugas di Bilik Perhubungan, ampes la...time orang buat open house raya nih aku kena duty...harapnya dunia aman bahagia dia hari aku bertugas... Hehehe ada member aku bertugas tepat harinya tentera Thai amik alih kuasa... hahahaha kau makan pun tak sempat, banyak call masuk, press call, Kedutaan call, peh tu faks masuk... masa aku duty dulu paling kalut sikit pun kes rakyat negara Seychelles yang hilang passport dan dokumen penting sbb kena pick pocket kat Malaysia.

Heheh tu le pertama kali aku dengar nama negara macam tu. So aku kena tolong encik polis bantu this minah yg hilang dokumen dan tak reti pulak cakap omputih. Hehehe aku terpaksa panjat kerusi tengok peta dunia kat dindin bilik bertugas tu nak tengok mana letak negara ini, sebab nak tau dia negara Komenwel ke tak, dan kat benua mana.. Pueh aku round mata kat peta dunia... tuuu diaaa ciput je negara dia... dan tentulah tak der kedutaan dia kat sini.

Boring la bertugas sorang-sorang, kalau ada dua orang ada la kawan sembang-sembang... ada sesapa leh temankan ke???



Fotopages mok cik dah update, korang pi le tengok gambo kami beraya-raya...

GAMBO RAYA KAMI

Monday, November 06, 2006


Ini gambar masa Hari Raya tempoh hari, yang beraya di rumah keluarga mertua aku ialah kami 3 beranak sekeluarga, kakak Ipar no.3, 7 org satu family, anak arwah kakak ipar no.2, 4 beradik. Adik ipar yang masih single, Nurul, Ada lagi 3 family tak der, iaitu kakak no.1, (7 org sefamily + sorang menantu), abang ipar (6 org sefamily) dan adik ipar (5 org sefamily) Kalau campur semua orang anak cucu, menantu Keluarga Pak Mior semuanya 34 org. Tahun depan Insya-Allah kami aku jadi Opah dan darling dah jadi atuk le..dan mak ayah akan dapat sorang cicit.

Photobucket - Video and Image Hosting


Open House kami
Hari Ahad 5 November 2006, kami buat open house secara tergempar. Kami langsung tak der plan nak buat open house, sekadar plan ngan darling cuti Sabtu dan Ahad tu nak berjalan raya rumah sedara mara dan kawan-kawan. Cuma bila pagi Sabtu dapat msg dari adik ipar, nak datang beraya pada hari Ahad tu, dan kemudian ada pulak dua tiga member nak datang beraya, tiba-tiba darling cakap suruh aku masak nasi tomato sebab dia nak ajak jiran-jiran satu baris kami datang beraya sekali. Aku ok je la.. But bila darling congak-congak, jiran-jiran saja lebih 20 org, plus kawan lagi, last-lsat dia decide alang-alang dah nak ramai, kita buat open house sekali la, order jer tak payah masak.

Itu pun kami decide dalam kereta, mulanya plan kami nak upah minah indon yang selalu datang mengemas dan cuci rumah kami tiap bulan tu, ingat nak upah dia datang tolong aku masak, tapi minah tu tak available pulak, last-last decide order je.. teringat pulak ngan restoran Yus Kajang, terus kami hala ke sana, mujurlah diaorg masih nak amik tempahan, lagipun sebelum ni kami pernah buat tahlil order dengan dia jugak. Senang sikit sebab dia provide pinggang mangkuk, buffet tray, tong air, sudu dia datang setting semua sekali, cuma time Ahad tu orgnya tak dapat tunggu sebab ada function kat tempat lain. So kami order set nari briyani, dan satay 500 ratus cucuk, nasib baik dia masih nak amik order walau masa kurang dari 24 jam kami menempah.

So ni gambar masa open house kami, thanks Salina tolong amik gambar, aku sibuk jadi 'mak pengantin' tak sempat pegang kamera. hujung2 majlis je sempat snap sikit-sikit.
Photobucket - Video and Image Hosting
Ni maksu aku dan cousin aku, Kak Idah dari Kajang.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ni jiran-jiran kiri dan kanan rumah.. seronok jugak sesekali jiran-jiran berkumpul..

Photobucket - Video and Image Hosting
ni member-member uitm dulu.. thanks for coming..

Photobucket - Video and Image Hosting
Menu kami, Nasi Briyani, dalca, jelatah, ayam masak merah, laksa, satay, nasi impit, rendang.

Photobucket - Video and Image Hosting
darling layan tetamu, antara tetamu awal yang datang.

Photobucket - Video and Image Hosting
Pak Cik Sabri (x-baby sitter Najmi akt Cheras) nak balik dah..Najmi rapat sangat dengan papa dia ni..

Photobucket - Video and Image Hosting
Kawan office darling, jiran-jiran dan kawan-kawan geng jurnal..memeriahkan rumah

Photobucket - Video and Image Hosting
Comel anak dara kawan darling ni, berbaloi lama mereka tunggu nak dapatkan sorang anak ni, comel sangat..

Photobucket - Video and Image Hosting
Ko datang sini, cari je Petronas, nanti aku amik ko kat Petronas, (kata Salina pada Cik Easy, heheh tp Cik Easy sampai sendiri, tanpa bantuan..hebatnya CIk Easy..)

Photobucket - Video and Image Hosting
Pembantu aku pada hari itu, mujur mereka tolong potong tembikai, cuci pinggan time di serbu ramai-ramai... tima kasih ye...

Photobucket - Video and Image Hosting
Encik Naga origami sedang kira berapa cucuk satay perlu dia amik...

Photobucket - Video and Image Hosting
Biasalah kumpul ahli geng jurnal ni, sembang bermacam topik la... Jigo, Spyz, Naga, Neslo dan yg nampak sipi tu Op.

Photobucket - Video and Image Hosting
7 mlm, Ni ingatkan tetamu terakhir, cousin darling, rupanya pukul 9 pun ada satu 4 biji kereta sampai. Ponek mak cik....

Jadi disempatan ni Aku, Pnut dan Mior, ingin mengucapkan terima kasih kerana semua anda sudi hadir. Walau ada yang dapat undangan 3-4 rumah yang lain, tetapi kalian tetap usaha untuk hadir ke rumah kami. Kami hargai kehadiran kalian, dan seronok sangat melihat tetamu menjamu selera dengan semau hidangan. Dan kami mohon maaf sangat-sangat kalau terkurang layanan, tak sempat bersembang, layan tetamu, sebab kami kira semau tetamu yang hadir lebih 150 org termasuk kanak-kanak. SO mesti ada yang tak sempat kami layan beramah mesra, maafkan kami banyak-banyak ye...

Kepada yang dah dijemput, tetapi tak hadir, apa boleh buat..mungkin lain kali, cuma ingatan untuk diri sendiri, sekiranya dijemput ke open house saudara atau rakan, at least kita balas msg mereka untuk maklumkan kita hadir atau tidak. Supaya tuan rumah dapat buat anggaran berapa jumlah yang mereka perlu order/masak makanan supaya dapat sediakan kuantiti makanan dengan sempurna, dan secukupnya.

Kerana pengalaman kami, dari beratus org kami jemput, hanya tak sampai 50 org yang bagitau akan hadir, so itu pun mujur kami still order lebih makanan untuk makan lebih 50 org, dan siap order makanan lain seperti laksa dan satay. Dan bila yang hadir lebih seratus org, nasi 'short' jugak, habis awal, tp mujur aku ada plan B, aku tanak nasik briyani versi Pnut la... goreng ayam dan tambah dalam kuah masak merah tu, sebab dalca dan jelatah masih banyak. Dan darling sempat mintak tolong Nuar belikan satay tambah lagi 100 cucuk. Jadi syukurlah semau tetamu, termasuk yang datang pukul 9 malam pun masih dapat makan.

Kepada yang terlepas pandang untuk dijemput, maafkan aku, mungkin aku tiada nombor telefon korang. Atau sms yang dikirim tidak diterima. Maafkan kami...

Wednesday, November 01, 2006

Bekerja kembali..


Yuhuuu..lamo mok cik cuti... maleh nak masuk office semula...nasib le..life goes on.

Balik kami ni banyak urusan jugak dapat diselesaikan... Simpanan yang ciput-ciput pun abeh disedut. Malah, aku dapat belikan sebijik motor untuk kegunaan adik dan mak, motor Honda Wave, cantik kaler oren...aku pun berkenan. Senang adik ulang alik ke sekolah, dan bawa mak aku pi mana-mana.. Nak harapkan adik jantan?? diri dia sendiri pun tak leh harap. Aku dah tahap meluat dengan sikap adik lelaki aku yang reti nak matang. Dah ada keluarga sendiri tapi otak masih lemau.

Aku dah siap pesan kat adik aku, lepas ni aku tak mau dengar mak jalan kaki pi beli ikan, pegi pasar malam, naik bas turun bas bayar bil api, bil air, pi bank. Motor dah ada, bawaklah mak pi mana-mana pun. Barang rumah beli la sikit-sikit, angkut naik motor tu. takar beli minyak masak, sabun, dan brg kecik-kecik lain, motor tu boleh guna. Dan kami pun kalau balik kampung, senang juga nak pegi pasar time sesak-sesak dengan org ramai, tak payah naik keter, nak parking pun susah.
Darling kata, tak per, abeh duit untuk keselesaan mak, nanti Allah ganti lagi banyak... aminnn

Cuma lupa pulak beli helmet lagi satu, helmet percuma dah dapat satu cina kedai motor tu bagi, tak per la sementara pinjam je la helmet jiran-jiran dulu kalau nak keluar ke mana-mana kejap. At least kalau mak nak pi klinik ke atau mana-mana tak payah ganggu org. Kalau ada kaya lagi sikit, nak je aku belikan keter kancil, bayar bulan-bulan pun skrang ni dah murah, RM300 pun ada, tapi bajet aku sendiri akan lari, kena fikir tahun depan dah start potong duit rumah, dekat seribu juga sebulan. Memang dah tak leh lari bajet sangat.

Aku kalau nak harap menyimpan sebulan bebanyak mcm org lain memang idak le, aku jenis maleh pegi bank simpan duit tiap bulan, mujur terus potong gaji masuk tabung haji, jadi tiap bulan duit tu je la sebagai saving. Tu pun dah susut, lepas beli motor. Saving lain mmg tak der la..ASB ke..ASN ke memang tak der. Mujur ada amik insurans takaful untuk pendidikan Najmi, dan untuk darling, so kalau terdesak, tu je la yang boleh bantu.

Ermm camne nak cari duit bebanyak ni, banyak betul impian aku, nak buat wiring rumah mak, sbb wiring skrang dah teruk, dan bahaya, nak baiki bumbung rumah mak, tempias dan bocor kalau hujan lebat.. baru je jadi masa balik raya, nak buat tempat tidur abah, dan tempat mandi abah, supaya abah tak payah mengesot jauh-jauh nak ke bilik air. Nak beli mak tv baru, nak itu nak ini kat mak abah sebelum depa pejam mata ni, supaya aku tak ralat dan menyesal kalau aku dah tak ada mak abah. Aku mak abah, merasa apa yang mereka perlu dapat dari seorang anak.

Cuma kalau le aku ada cash RM10k skrang, aku nak ubatkan abah, supaya sembuh, at least, dia dapat bertatih dalam rumah sikit-sikit pun tak per, dan dia boleh jadi normal balik sikit, skrang ni dia kencing berak suka hati, dia tak sedar agaknya apa dia buat. Nak kata nyanyuk dia ingat segala benda. Cuma mungkin dia hilang rasa hendak kencing, rasa nak berak, tiba-tiba dah terburai, kesiankan mak. Kami dah berubat merata, dah beribu abeh, tapi abah tak pulih jugak. Sekarang dah tak der daya nak berubat, sebab semua tempat pergi kata susah sikit sebab abah ni dah efek ke otak dia, kesan dari stroke yang dia kena.

Ada sedara aku yang kena stroke lepas-lepas abah, tapi lps berubat ke tempat yang sama abah dah pi, depa boleh bertatih dalam-dalam rumah sendiri, sebab stroke depa tak sampai merosakkan otak. Apabila merosakkan otak, camner otak tu nak bagi arahan.. nak kencing, nak berak... Kesian abah....

Cerita raya, Tahun ni beraya di Kuale, ayooo kalau raya di rumah darling ni, letih nya bukan main-main, bayangkan sekali group datang beraya, 9 biji kereta, penuh seisi rumah...penat oooo... Raya kedua aku buat laksa, heheh aku buatkan sebab kalau laksa depa cair. kureng isi ikan, jadi aku buat, supaya ada taste aku, dan aku siap beli otak udang lagik...muahahahah, jadilah laksa kedah.. :-)

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino