Thursday, June 16, 2005

Ju Jalil Cantik?


Siapa tengok drama Ju Jalil Cantik (JJC)?(betul ke tajuknya dah lupa pulak...biasalah fan Mawi bab lupa memang power...) Kami sekeluarga tengok drama tu, kat TV1 hari Isnin malam, aku sure ramai tak tengok ye lah sebab main kat stesen penjenamaan semula tu, jadi bak kata komen seorang pembaca blog aku dulu, masa aku tulis mengenai drama Sepi Angin Ke Kota London dulu, RTM ni kalau drama Usop Selam je promo sehari berbelas kali keluar, sembilu ka...selumbar ke...Gelak Khas tu promo ke mainnya...tapi promo drama best cam tu tak keluar pun...

macam drama Sutun jugak, drama bagus tapi ramai terlepas peluang menontonnya. Mujur atas desakan penonton RTM ulang tayang.

Drama JJC ni menarik jalan cerita dia dan pendokong watak semua power, Pelakon utama dia yang bawa watak Jalal aku tak kenal (aku dah tengok senarai nama pelakon masa ending citer tu tp biasalah aku makan banyak semut kot macam Mawi jadi senang beno lupa) Jalal wataknya digambarkan seorang lelaki yang agak berusia (may be lewat 30an) dia berpewatakan lembut suka menjahit dan rapat dengan maknya (Azean Irdawaty) ada dua adik, Jamil (Benjy) dan Jamal (Faizal Hussein) Jalal ni digambarkan seorang yang lembut tetapi baik hati, sanggup beralah dengan adik-adik walau mereka perangai macam hantu.

Bila maknya sakit, tak boleh berjalan, Jalal seroang sahaja ambil upah menjahit, tetapi adik-adik jahat, berpakat nak jual mesin jahit dan tak kasi abangnya menjahit, kata mereka lelaki buatler kerja jantan. Awek Jamal- Yati, (budak pompuan yang wata watak pompuan gedik dlm drama Puteri tu) Yati ni walau dia awek Jamal, tapi dia rapat juga dengan Jalal, dia selalu datang membantu Jalal menjagakan emaknya yang sakit, dan beri semangat pada Jalal. Dia rekemenkan Jalal kerja kat salon rambut, bila kawan Jamil dan Jamal ni nampak, dia bagtau la kat dua mangkuk dan mereka belasah Jalal sebab malu abangnya buat kerja pompuan, kemudian Jalal ni pun buatlah kerja-kerja buruh kontrak.

Suatu hari awek Jamal hendak diperkosa oleh samseng kampung, Jamal kebetulan lalu dan nampak kejadian itu, dan dia belasah samseng tu dan samseng terjatuh dan tercucuk besi dan mati. Jamal takut dan balik ke rumah ketakutan, Jalal rela mengaku dia membunuh kerana katanya adik dia nak jaga diri sendiri pun tak lepas, inikan hidup seorang di penjara. Biarlah dia masuk penjara, dan adik dia jagalah maknya. terharu pengorbanan abangnya akhirnya Jamal mengaku. Jamil penagih dadah, akhirnya sebab hendak adiknya insaf, Jalal report polis dan adiknya ditangkap dan dihantar ke pusat pemulihan.

Jalal rupanya ada penyakit barah (tipikal cerita melayu biasala, barah-lukemia) dan menanti saat kematian. Beberapa tahun kemudian, adik-adik bebas dan mereka kembali ke rumah emaknya dan sedih dan rasa bersalah melihat abangnya terbujur menanti mati. (part ni aku tak suka, Murali Abdullah patut lebih peka, sebab kedudukan Jalal sakit, kakinya mengadap ke Al-Quran yang diletak di atas meja solek di hujung kaki, sepatutnya AL-Quran kepala Jalal lebih sesuai berada ditepi meja solek tu bukannya kaki dia)

Akhirnya Jalal meninggal.

Jalam ceritanya simple sahaja, tetapi lakonan mereka berkesan, dan perwatakan tidak dibuat-buat, nampak semulajadi, dan watak Jalal yang lembut itu amat kena, kerana dia manja, sering dibuli, baik hati serta anak yang taat. Aku tau orang-orang berpewatakan begini biasanya begini sifatnya. Mereka lebih senang beralah dan mudah lembut hati serta akan menghargai kasih sayang. Paling aku suka bila, Jamil minta duit 20 ribu kononnya nak bisnes, maknya tidak ada duit, Jalal sanggup jual keretanya. Bila emaknya marah kata Jalal, "Biarlah emak, mereka adik Jalal jugak, siapa lagi dalam dunia ni yang Jalal ada, selain mama dan mereka sahaja," Dalam maksudnya.

Ok siapa tengok citer ni jom kongsi rasa...

0 comments:

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino