Sunday, November 30, 2008

Al-Fatihah Nik Farah Suhanniz


Balasungkawa Nik Farah Suhanniz Nik Bahari Shah (1975-2008)
Semalam, masa saya sedang projek mengemas rumah, alih-laih perabot, mop lantai tiba-tiba ada sms masuk, dari Shuk kawan masa belajar di UiTM, bunyi sms "Dalam buletin utama td kabo 4 org staff library awam kelantan mati eksiden dengan bas, salah seorang tu namanya Nik Farah umur 33 tahun, Nika farah batch kita ke" menggigil saya baca sms tu... belum sempat saya reply, masuk lagi sms, dari Mekna memaklumkan dan seterusnya mengesahkan berita yang Shuk tengah tengok tu, terus saya call Mekna, dan Mekna cerita dia tau dari Kak Nun, saya terus tak dapat nak call Kak Nun sedih sangat.

Masih teringat-ingat keletah manja NIk Farah, Farah memang sweet. Sweet sangat, manja dan perangai keanak-anakan yang comel dan menghiburkan, tapi bukan bermakna dia mengada-ngada atau tak matang, dia sangat matang dan penuh sopan. Farah antara manusia yang memberikan presepsi aku terhadap anak orang kaya. Datang dari family berada, sikit pun tak membezakan dia dengan kami semua, masih makan semeja, masih duduk hostel, makan nasi kawah, makan kat gerai tepi jalan, naik bas turun bas pegi kelas. She is humble.

Farah kawen penghujung tahun 1999, dan saya kawen pada June 2000, masa saya baru je tau saya pregnant, saya call Farah share the happiness and masa tu Farah dah lebih dua bulan pregnant dari saya, kiranya kami sama-sama mak buyung la. Farah bagitau date due dia nak bersalin doktor kasi ialah 6/3/2001, and dua tiga hari sebelum tarikh tu saya call dia, menyakat dia, "farah, orang beraya makan ketupat, awak pegi beranak," eheheh dia cakap " saya dah pesan kat baby, rileks dulu, jangan keluar hari raya haji, mama nak beraya" dan rupanya, kuasa ALlah, hari raya haji tu dia masih gagah menjamu selera makan ketupat rendang bagai, saya pulak yang di sorong ke dewan bedah untuk mengeluarkan si Najmi dari perut saya pada tarikh itu.

Selesai semuanya saya call Farah, saya cakap "awak, kita dah selemat bersalin, kita ingat awak yang tak sempat makan ketupat, rupanya kita yang tak sempat" terkejut la si Farah kerana saya baru 7 bulan pregnant.

And awal tahun ni, Farah sakit teruk, dia kena denggi berdarah, bermingu duduk wad, sampai ICU, kena tukar darah lagi, memang sangat kritikal, berpuluh botol air dimasukkan. Tapi kuasa ALlah, dia selamat dan masuk kerja semula. Tapi bila sampai masanya, ALlah menentukan, dia meninggal kami semua pada usia 33 tahun. Meninggal dua anak yang masih kecil, Lyana sebaya Najmi pasti dan adiknya pasti akan merindui mama mereka sesangat-sangat.


I'm Speechless, tak mampu menulis..sedekahkan AL-Fatihah buat arwah.

tengok senyuman farah, sweet kan, manis sangat
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Berita kemalangan
Photobucket



:-(

Wednesday, November 26, 2008

Kenduri Along, Najmi sudah pandai berenang..


Lambat la kan, mengupdate pulak, bukan tak ingin selalu update, tapi busy lah sangat, dengan kerja office yang tak surut-surut, dengan rezeki baking cupcakes..ALhamdulillah, ada rezeki lebih, so dapatlah buat modal balik kampung raya haji, dapat gembirakan emak.. Syukur.

Minggu lepas seperti yang saya cakap, kitaorang balik kampung. Mulanya macam tak dapat balik, sebab darling tak leh cuti la, dengan time tu belum gaji lah..adoilah.. last-last decide balik juga, sebab pak ngah saya tu (adik emak) sangatlah baik dengan keluarga kami, kalau time kesusahan, selalunya Pak Ngah la handle, sejak abah sakit, sampai abah meninggal, Pak Ngah banyak bantu emak, masa adik saya no. 2 kawen, Pak Ngah la orang kuat, adik no. 3 kawen pun Pak Ngah juga orang kuatnya, malah tukang masak sekaligus. Maka bila sepupu saya kenduri kawen maka tak wajar sangat kami tak balik kan.. so kami mengambil prinsip, "duit abeh boleh kita cari, tapi kebahagiaan dan kegembiraan sedara kita tak boleh kita beli, menggembirakan orang sangat tinggi nilainya, so kami berangkat balik" sorry la along, kak nas tak bagi hadiah kawen pun lagi, nanti kami beli nooo..

Apa pun, tahniah la sebab dah pun bersanding 'bertiga' gayanya..eheheh maklumlah dah lebih 3 bulan diijabkabulkan eheheh so usaha sudah berhasil nampaknya. ALhamdulillah bertambah anak sedara tahun depan. To Kak Zetty, tak der rezeki lagi kita nak jumpa kali ini..Insya-ALlah raya haji nanti ye..

Insya-Allah raya haji pun kami akan balik, memang la macam baru je balik, pastu nak balik lagi..again.. kegembiraan emak saya melayan anak menantu, dan cucu-cucu balik kampung takder nilai dan harganya, saya sudah tiada abah untuk saya bahagiakan, cuma ada emak. Maka emak wajar menerima kegembiraan ini. And Alhamdulillah, niat baik, ALlah selalu bantu, rezeki order cupcakes, mencurah-curah sejak hari Isnin lepas, sampai sehari sebelum saya balik nanti, ada order dari korang semua, Alhamdulillah, lepaslah duit touch and go dan minyak nanti.. Dan sudah tentu saya boleh menikmati senyuman emak melayan cucu-cucunya nanti.

Ok, meh kita tengok gambar pulak
ini pic sekitar kenduri..
nama pic ialah "The" ehehe so semuanya ada the...
Photobucket

Photobucket
Nampak tak pic saya tulis bakal juara tu?? itulah adalah dua pupu saya (emak dia sepupu emak saya) Zahir nama dia, dia sudah sampai ke stage pemilihan akhir kat KL soon untuk One In a Million, kalau ada rezeki dia, mungkin dapat beraksi setiap minggu di tv nanti. Good Luck Zahir, dah tentu la kana sakat, kitaorg usik dia, nak amek gambar kena ambik la ni, esok-esok dah jadi artis tak der can la.. pastu masa nak balik dia salam-salam kitaorg, aku sakat lagi,

"la ni hang salam la kami, esok-esok kami pulak salam hang" heheheh.. Suara dia bila nyanyi lagu mendayu mmg syahdu, tapi kalau lagu rentak lain tatau le..

dan inilah pengantinnya...
Photobucket

so Along, moga bahagia sampai akhir hayat, dan jadi ketua keluarga yang cemerlang...

okeh abeh cerita kenduri, ni pulak cerita adik dan abang...
cerita adik dulu.. ni pic terbaru dia di kenduri..dah berisi si adik, beratnya pun dah cecah 4.3kg, Alhamdulillah. dah sama berat dengan anak Mak Su saya yang lahirnya berat 3.5kg, ehehe macam kembar je gaya diaorg.
Photobucket

Photobucket
Nampak tak bintil2 kat muka adik? ada 3 spot tau, itu babah le jaga adik, ralit tengok tv, sampai adik kena gigit nyamuk.

dan ini gaya tido terbaru baby Q, lasak sungguh, dan dia sangat comel bila tido mengiring dan peluk bantal panjang dia, oh sungguh indah memandang.
Dan dia juga suka duduk kat rocking chair ke nama dia tu..kalau letak dia dalam tu, then letak dia depan tv, tengok kartun, punyalah dia suka..melonjak-lonjak kaki dia.. and thanks to Wana, kerana hadiahkan benda alah tu, tima kasih bebanyak..

and Imah..tu baju dia pakai yang pink tu, baju Imah bagi la.. masa Imah bagi, Imah kata lambat lagilah Alesya nak pakai, eheheh tapi kejap je, sebulan lebih je dah dapat pakai dah. ALhamdulillah, Alesya memang murah rezeki dia, baby maya yang disayangi ramai eheheh ye la ramai follow kisah dia sejak dia kritikal bertarung dengan nyawa sejak dia lahirkan..tak banyak sikit tumpang kasih sayang korang kat dia kan..
Photobucket


Dan ini pulak, cerita Abang. Abang dah pandai berenang.. Bravo!! Bravo... No more life jacket, no more pelampung.. eheheh dah boleh terjun kolam dewasa kalau stay kat hotel nanti, eheheeh Bravo abang... And thanks to the jurulatihnya, Auntie Zah, Auntie Raja, and Pak Engku jiran sebelah rumah yang saban petang memantau Najmi berenang. Cuma setakat ni, skill dia masih skill hentam sajork..
Photobucket

Thursday, November 20, 2008

Pizza Nut


Ehhh saya rajin la pulak kan... selang sehari pulak update... cumanya kekadang tu bukanlah saya update setiap hari pun, kadang tu dah siap taip kat rumah,...ehehe macam entry ni, saya dah tulis hari tu, pastu letak date ke depan sikit, pastu auto publish la kan... sebenarnya dah dua tiga hari tulis..hiks.. kira nampaklah macam gigih sikit berbanding dulu kan..

ok, kali ini entry makanan le pulak kan..lama dah tak letak pic makanan.. Kak Noni, my senior kat u dulu and sama se-kerja sekarang siap perli saya lagi tau masa saya jumpa dia last week "kata dia, eh pnut tak bawa ke makanan datang sini? asyik tengok eltak pic makanan kat blog je," hahahah gilo ke saya kak noni nak bawa makanan pegi P*M tu, kalau ada booth leh gak berniaga kan..hiks.. hahah nampak tak, otak saya otak bisnes je.. saya sekarang ke arah menjadi usahawan ni, sila beri sokongan.

ok, ni menu yang dibuat pada hari Isnin lepas, sebabkan saya malas lauk, so plan buat pizza je, ini sebab hari Ahad tu ada masak nasi lemak, masih elok tak basi..nasi lemak kukus tau..haruslah sedap dan tak basi walau dah dua hari, so Isnin tu Mak Su dan Najmi makan tengahari nasi lemak dan samba sotong je, so malamnya saya maleh nak masak lauk, so buat pizza je la.. Eheheh saya diet maaa..so memang tak heran nak makan nasi, makan pizza ni pun amek topping je sikit, roti tu makan satu slice je, tu pun tak abeh..diet maaa., and cheese pun saya parut sikit je, supaya sehat la sikit kan, jamu ahli keluarga makan.

Dan meh kita lihat gambarnya..gambar-gambar ini diambil oleh Encik Najmi, yang dah tau guna setting kamera, dah tau mana letak flash, mana nak close up (pakai micro fucntion) camner nak letak backlight, hahahaha babah pun tak reti nih, kannnnn..

Saya buat dua jenis pizza seafood pizza (pakai thousand island sauce) and peperoni pizaa (pakai pizza sos cap melayu) tak berapa enak, sedap lagi pakai sos prego utk spagethi tu. Pic peperoni pizza tu tak amek sbb tukang amek pic kena halau pegi solat maghrib, sebok amek pic sampai maghrib dah nak hujung.
Photobucket

Photobucket

Photobucket
hahaha jimat ooo buat pizza sendiri, topping mewah gitu, kalau pegi Pizz* H*t tu, topping ciput je, pastu harga mahal, ni buat semua ni modal tak sampai RM20.00, malah bahan-bahan masih berbaki lagi, mushroom masih ada setengah tin lagi, peperoni masih ada separuh paket lagi, sosej banyak lagi, sos semua masih ada lagi, ayam kisar guna suku je.. means dengan modal dalam 20-30 ringgit tu boleh buat tiga empat round pizza.

Kak Noni sila terliur tau...

Dan mengenai mee kari itu hari, alamak..sorilah memang terlupa amek gambar.. so kepada yg ber-ym tanya resepi dan pic tu soon la ek.. next week rakan-rakan gossip saya kat u dulu nak datang bertandang, kita wat mee kari lagi, saya amek pic dan letak resepi merapu saya sekali...

untuk resepi pizza ni, malas tau nak letak sebab dah pernah letak dulu..eheheh pepandai le korang cari... alaah asek mintak resepi je. pastu tak buat pun kan... ahhaha sapa tak tau..sila terasa ye.. lariiiii.... hiks..

Malam ni kitaorang nak balik kampung, my cousin kenduri kawen pada 23hb ni kat Penaga, P.Pinang, kak Zetty..jom lah jumpa itu hari kita sms akak tau ingat nak pi beraya tp tader respon..ke akak dah tukar nombor tipon, nak gak pegi tengok rumah yang vouge tu.. tapi tak balik lama ke kampung, cuti tinggal ciput je.. so jimatkan cuti..uhuhuhu dah la si along ni kenduri time gomen belum bergaji.. sesak napas den nak balik kampung tau..


update tambahan..
alaa khas untuk ibu hamil VIRUSPADU saya letak la resepi pizza versi saya untuk dia..kang meleleh lak air liur.. "mah harus buat tau..kang orang kata mah tak reti masak lak..kan.kan..kan.. jadi buktikan..hikss"

Resepi pizza versi sapinat

500 g tepung roti (kat kedai bakeri ada jual, kalau tader boleh je pakai tepund gandum)
1 sudu kecil garam (paras rata) (bancuh dengan air suam kat bawah tu)
11 g (1 paket) yis kering segera (mauripan tu le)
300 ml air suam (actually depends pada kelembutan doh tu nanti-maybe kurang, maybe lebih)
1 sudu minyak masak
1 sudu besar majerin (tak boh pun tak per ni, kalau tak boh add minyak masak tadi dua sudu)

Cara dia
1. mula-mula gaul yis dengan tepung kasi sebati (gaul kering-kering tau)

2. kemudian masukkan minyak masak, mejerin, gaul lagik,

3. masukkan air suam yang dibancuh ngan garam tadi, masuk sikit-sikit tau.. ulis sampai lembut, dan bila kita tekan kar jari tu tepung tak melekat, (mah..ni suruh laloque uli, eheheh akak dulu tader mixer beso, suruh hubby ulikan)

4. kemudian rehatkan doh kejap, dalam sejam or kurang or lebih bila dah naik sekali ganda tu.. uli sikit lagi, sambil tumbuk-tumbuk kasi keluar angin (tutup bekas uli tu dengan kain lembab, or tutup je ngan tutup periuk ke hapa)

5. then canai besar mana nak letak la dalam pan (tudung periuk pun boleh)

6. dah canai tu biar dia rest dalam pan tu kejap, dalam 20 minit ke..kasi dia naik sikit,

7. Ambik garfu, cucuk-cucuk sikit keluarkan angin-angin.. pastu bakar kejap dalam oven 200c dalam 10 minit (tengok jenis oven korang la gak kan..) (kira separuh bakar ni)

8. pastu baru keluarkan, tabur segala neka topping, parut cheese dan bakar lagi sampai chees tu cair dan ikut tekak la nak garing ke separuh garing...

siap...

untuk topping
Beli je sos spagethi prego tu, satu tin or botol
beli sosej, ayam kisar paperoni, sabai hijau beso tu, bawang kuning (holand), tomato ke, mushroom, pastu letak apa suka atas pizza

(*untuk ayam kisar saya buat macam ni, ketuk-ketuk sebiji bawnag putih, tumis, kemudian masukkan ayam kisar, air sikit, letka lada sulah, kiub ayam sikit, lada hitam sikit, garam sikit, masak sampai kering air( sedappp)

untuk topping seafood,
beli thousand island sos/mayonis
tuna, udang, sotong (udang sotong rebus separuh masak)
kemudian tabur je atas pizza, and campur bahan lain bawang, capsicum dll..

dah tabur semua tu baru parut cheese, (cheese parut ni lagik sedap dari mozarela cheese yang dah siap jual kat supermarket, bertali dan lembut, harga pun jauh lebih murah dari cheese siap parut tu,mahal bebeno)

kat area putrajaya, bangi, serdang, boleh beli bahan ni semua kat kedai bakeri Yummie, mah suruh laloque singgah beli petang karang..hiks... lokasinya sebelah kedai Al-Ikhsan dekat-dekat hospital Az-Zahrah.

sekian terima kasih, selamat mencoba, siapa dah try sila kasi feedback

Tuesday, November 18, 2008

maksu dan bibik, meh berangan, nak buat katil najmi,


Tengah melarikan diri..
eheheh kerja tengah banyak..
saya break kejap untuk freekan otak..
apa lagi, update blog kejap..tumpang tengah angin rajin nak update.
kalo tak..berhari-hari korang keluar masuk asek entry yang sama je kan..

hari meks rajin u ouls..

ni ada beberapa pic dari handphone..dah lama nak upload tapi asek lupa je..kesan suka makan kepala ikan ke nih..

ini kan pic lama ni, dua tiga bulan lepas kot, pic ni diambil masa kami berhenti kat surau kat area taman kantan permai, masa ni kami on the nak pegi rumah KAK IDAH sepupu saya yang kat Kajang tu, menziarah abang Z yang sakit baru lepas kena stroke, masa ni saya baru abeh pantang bersalinkan Alesya. Alesya masih di wad NICU.

Saya selalu risau Najmi akan notti kalau di surau, maklumkan tempat solat, dia ikut babah dia solat, tapi macam biasa dia akan abeh solat dulu, then sy yang tgh solat pun tak berapa kushyuk sebab teringatkan dia, kot-kot dia keluar ke..kot dia kacau peralatan dalam surau je.. lepas je kasi salam dan berdoa, saya selak tirai tengok apa dia buat. Oh sejuknya hati..rupanya dia diam membaca Al-Quran, saya tak pasti dia baca surah apa, so saya perhatikan dia je, and cepat-cepat amek hp amek pic ni tanpa dia sedar. Alhamdulillah, pra sangka buruk saya awal tu hilang bila tengok dia jadi good boy.. hahaha bukan selalu occay, selalu berlari ke sana sini sampai saya rasa nak sekeh je...hahaha, bacaan dia pun Alhamdulillah, mmg baik

Result sekolah agama dia oklah, result sekolah kebangsaan je rasa macam nak karate sikit ehehe. Cuti sekolah ni, sekolah agama dia ada intensif Al-Quran untuk pelajar yang masih belum lancar membaca, yuran RM70 je, ingat nak hantar Najmi, masa nak register, Ustaz kata, Najmi dah lancar baca, dia akan masuk kelas betulkan tajwid, dan hafazan. Alhamdulillah, part rasa macam nak karate sebab result sekolah kebangsaan yang hangit, tu terpadam bila tengok result sekolah agama. Bab ni pun saya risau pulak mulanya sebab kecewa dengan result dia tu, tapi bila saya chat ngan lecturer encik Fibie (blog dah tutup) saya jadi lega, bila Encik Fibie telah mengeluarkan segala teori-teori psikologi dan kaedah-kaedah yang boleh saya buat untuk menjana pemikiran budak ni, saya rasa lega.. thanks Fibie.. sesuai beno jiwa pendidik dengan ko ek.. akan ku try cara sarananmu itu.


Photobucket

Ini pulak pic Maksu, dengan best fren dia kat rumah..hiks... bibik KAK ZAH sebelah rumah, ehehe adik saya ni memang suka berkebun, eheh dan masa kat sekolah teknik pun amek course agriculture kan, so sesuai la jadi best fren bibik, sebab bibik kak zah ni punya gila rajin berkebun, sampai pokok kacang hijau buat bubur tu pun dia tanam. eheheh, ini pic bibik tengah petik sayur kacang panjang dan cili hijau untuk kasi pada kami.. ehehe Kak Zah, thanks bebanyak dari hasil kebun bibik tu..sekarang ni kalau sesak, nak goreng nasi ke, nak tumbuk sambal ke, jerit je kat bibik minta cili sikit, mintak sikit, punya banyak dia kasi.
Photobucket

dan tadaaa inilah hasil usaha kebun bibik
Photobucket
ehehe harap our coming bibik pun rajin berkebun, so tak lah sesia tanah belakang rumah tu.

dan ini pun pic menarik dari hp, saya amek pic ni masa temankan darling kat tepi pejabat tol putrajaya, masa tu tayar motor dia pancit, so dia call saya minta datang ambik dia pegi bengkel, tapi sudahnya ada lak mamat leh tukar tayar motor pancit, disebabkan saya isteri yang setia, ehehe maka saya temankan darling, so saya boring dan amek pic ni..
Photobucket
ishkkk mentang la keter dia beso, suka ati je nak parking sampai gitu..saya betul tak suka org parking suka hati dia begini, akan menyusahkan orang lain nak masuk parking, takkan tak boleh tengok dulu line parking tu kat mana, main keluar gitu je..tak suka..tak suka..tak suka.. kalau kat shopping complex lagi tak suka, tak der kesedaran sivic gitu.. jadi korang sila parking betul-betul tau... jadilah warga Malaysia yang prihatin.

dan ini tak kira tau..nak letak jugak kat sini..untuk maklumat encik suami yang sedang mencongak-congak imbuhan tu..sila masukkan ini dalam bajet encik ye...
Photobucket
mama nak tau langsir cam ni, cantik tau tak dpt full camtu, dapat yang sheer ala scallop cam belakang tu pun jadi tau babah, mama dah survey, dah pegi kedai Azizah Hias kat Bangi, yang biasa mama tempah tu..dia dah bagi anggaran kos.. nanti mama buat kertas kerja ye..uhuhuhu

dan lagi... mama pun teringin nak buat macam ni kat bilik Najmi, puas tau mama selongkar majalah Anjung Seri lama ni nak cari pic ni..dan sila masuk dalam peruntukan sekali...
kalau boleh nak camni...ini bilang kalau boleh...
ulang lagi..kalau.... sekali lagi la ulang..kalauuuuuu
Photobucket

kalau tak boleh, dapat cenggini pun oklah babah
Photobucket

ni kalau..kalau..kalau..kalau...and kalau..kalau..kalau...kalau...
kalaulah ada banyak duit kan...leh la kita wat camni kan...
Photobucket

pastu kan.... kalau ada duit lagi kan..kan..kan.. kalau la kann..kalau je ni.. kalau.. kalau ada bajet lagi, kita buat gazebo/wakaf kaler putih ek..very the henglish style gitu kan babah... hiks..

pastu kan...kita wat la ala-ala english garden..

pastu kan.. kita beli buffet and hutch mama...

pastu kan.. masa rasa karpet kat hall tu tak sesuai tau dengan konsep english tu.. macam kena tukar kan...

pastu kan.. baju-baju mama yang dulu tu semua dah besar gedabak tau babah, tak selesa pakai sebab terlondeh kat bahu, pun kena beli banyak baju kan...

pastu kan.. macam teringin nak berjalan ke A Famosa Water World Melaka tu..

pastu kan..erkkk..erkkkkk ...macam laki ada duit jota-jota...

gila punya gila.. berangan le ko pnut.. taperlah..berangan bukan kena bayar pun... kita berangan sajork... manalah laki saya mampu nak menyara kehendak saya lagu tu kan.. mana tau kot-kot dia menang peraduan apa-apa sejuta ka...bestnyaaaaa hahahahah berangan lagi tu... syok oo berangan..

Sunday, November 16, 2008


I Hate Monday...I wish everyday is a Sunday..hahahaha...

Boring bila Monday, sebab kerja banyak..uhuhuhu tapikan Saya Yang Menurut Perintah..makaaaaa kerja dan kerja la...

Baby Q makin galak berbual..ewaaahhh sepanjang masa asyik nak 'bersembang' sangat peramah occay.. harus lepas ni asyik berbual dengan bibik, dan harus pandai cakap Jawa..ahhaha

Dan semalam saya masak mee kari tau, sempena meraikan Mat Jan yang datang ke rumah saya, gila punya poyo dan berlagak mamat ni, dah setahun kami pindah baru nak sampai rumah, tak sedar diri.. lupa daratan betul punya budak.. hiks.. ye la.. dulu-dulu rumahku rumah dia jua..tidur makan, kencing berak kat Pnut Inn sana tu..sampai rasa macam nak halau balik je kekadang tu..hiks.. tapi bila dah bekerja, kekwat uolsss.. tapi disebabkan semalam dia sudah pandai memandu dan beli kfc untuk kami, maka dendamku padanya terpadam. Iya kawan-kawan GEJU sekelian, Mat Jan sudah pandai memandu, walaupun sentiasa dalam kesesatan.. mujurlah ada cikgu manisnya sentiasa disini...hehehe dan ya.. semestinya mee kari ittew sedap heheheh kata cik abang dan jiran-jiran yang dapat merasa.. maklumlah resepi versi saya haruslah diderhakakan..dari resepi mee kari yang simple, saya tambahkan kiub ikan bilis, guna air rebusan udang, campur air rebusan ayam, blend ikan bilis sikit, and untuk pekatkan kuah saya rebus kacang dal dan blend halus..hasilanya..mabeles u ouls... sihat sikit, sebab sy kurangkan santan, kuahnya menjadi pekat dan sedap dengan air rebusan tadi dan kesan kacang dal itu..

Dan cikgu manis dan tunangnya itu, belikan baby Q gaun lagi..comel sungguh gaun ittew, ikat-ikat tepi lagik..sikit hari lagi Baby Q pakai, sebab sekarang masih tahap besar lagi untuk dia, lagipun stok baju-baju dia amat banyak.. ya murah sungguh rezeki si adik ni dengan baju-baju.. melaram sakanlah.. ye la tak diberi pakai sudahnya kecik gitu je..so duk rumah saja-saja pun pakai gaun lawa anak daraku.. itu pun baju yang dulu saya rasa macam bilalah dia nak pakai..agaknya umur setahun kot baru boleh pakai, rupanya salah.. baju yang rasa macam besar tu rupanya elok ngam je dia pakai. Dan baju-baju ni sebenarnya yang betul-betul mama dan babah belikan tak sampai pun sepuluh pasang, yang ada sekarang berpuluh pasang, semua orang hadiahkan pada dia.

Last Friday mama beli lagi renda untuk cekak tu, dan beli lagi riben-riben..maka dapat la lagi 3-2 cekak rambut pelbagai kaler. Dan Maksu yang jaga dia tader kerja lain selain membelek baby Q, harus kejap tukar baju, kejap pakai cekak biru, kejap pakai cekak coklat..ishkkk tak sesuai sungguh mak su ni mengoverkan anak penakan dia..

Gambar-gambar baby Q nanti la pulak diupload, hari ni kita beri laluan kepada cupcakes mengambil bahagian dalam blog ini...

okeh mari cuci mata melihat cupcakes yang diorder sebahagian pelanggan last week.. pelanggan lagi tu..macam business jota-jota je..
ni cupcakes utk boys and girls
Photobucket

Ni untuk bebudak baru first time sambut birthday
Photobucket

dan tadaaa paling saya suka nihhh orang lidi....i likeeee
Photobucket

kalau korang order lagi orang lidi ni saya very suka tau..sbb simple tapi cute je...
and pnut cuppies ada promotion istemewa cuti sekolah..sila layari PNUT CUPPIES untuk maklumat lanjut...

Rezeki lebih buat saya, bermakna rezeki lebih buat bonda tercinta saya...aminnn moga murah rezeki saya....

Monday, November 10, 2008

More on adik and abang


Sangatlah busy, I hate monday..eheheh..entry ni saya taip kat rumah (Isnin-10/11/2008-11.30pm)..tapi tak jadi nak publish sebab ada pic belum setel edit so kena simpan kat draft je la.. sampai opis sambung sikit je sat..nak publish gak hari ni..heheh komitmen terhadap blog lah katakan..hahaha..

Naper i hati monday?? sebab Isnin memang banyak kerja maaaa.. Kena buat newspaper checking sejak hari Sabtu, Ahad, plus Isnin..kalau kena hari Jumaat or Isnin cuti, bertambah la beban.. Sekerat hari ngadap surat khabar je..bukan satu ye tuan-tuan dan puan-puan... berjenis-jenis.. surat khabar omputih lak tu.. dah la henglish saya pun so-so jek..eheheh bukan terbitan Malaysia je..terbitan luar negara pun ada.. so anda sekelian kalau pegi library pagi-pagi, tengok librarin asyik belek surat khabar, sila jangan fitnah, kami menjalankan tugas menyemak isi kandungan yang relevan dan berkaitan dengan kehendak pengguna occay. Dari pagi, sampai tengahari memang abeh membelek benda alah tu je.

Semalam jugak, ada benda urgent request dari one of the user here, so kena pulak menjelajah internet dari info, korek sumber yang ada.. internet kejap ada, kejap takder, melambatkan kerja betul. Haruskah saya memakai broadband sendiri?? hiks..

Alesya-Alhamdulillah 9/11 itu hari genap dia 5 bulan, berat pun dah 4kg lebih. Manja dan peramah sungguh, asyik nak 'bersembang' je..dan sungguh suka senyum.. Last week kitaorg pegi TESCO Puchong, time shopping ada je cina-cina pandang Alesya..eheh agaknya heran, awat la anak dia putih, emak bapa kelabu je..eheheh ada satu Amoi ni dengan couple dia, siap berhenti tanya Alesya, dia kata so cute with the ribbon i love it kata Amoi ni.. eheheh wahh saham tinggi ni lak anak daraku. So far, Alesya masih dijaga oleh Maksu, adik saya yang setia melayan Alesya, Insya-Allah, proses menguruskan bibik sedang dibuat, harap dapat selesai dengan segera. Siapa kerja Imegresen sila bantu saya..pleasseeeee...

Si Abang pulak, sekarang ni agak notti, ada je perkara-perkara yang dibuat menguji kesabaran. Selalu mama kena calm down babah yang mudah diserang angin ribut taufan. Hahaha tp kadang-kadang mama join babah gak, berduet marahkan dia.. Ermm ada satu benda yang dia buat last week yang memang kategori kesalahan besar, dan of course kena hukum, mungkin dia masih belum faham konsep, tapi still perlu diajar supaya dia tau apa dia buat itu salah. Harap dia tak ulangi kesilapan besar itu.

Last week Jumaat, Maksu balik SP, mak tau kami suka makan nasi ulam, so mak siap bekalkan ulaman-ulaman, siap potong tu, dengan lenguas, dengan daun selom, dengan kerisik, dengan ikan talang kering lagi..tu dia...anak dia tinggal gaulkan je.. alahai..emak tetap emaklah kan... dia kata kalau dia nak siap gaul takut nanti basi. Terharu betoi.. i love my emak..

Oklah meh kita tengok pic Baby Q dan si abang..
SI abang yang nak sangat pangku si adik..ni kitaorang tengah get ready tunggu babah siap, nak pegi TESCO
Photobucket

Cayanggg adik abang...
Photobucket

sekalik... dah masuk keter, babah cakap, eh tayar pancit..alaaa kena mama dan adik keluar balik, so babah dan abang pegi tukar tayar kat bengkel dekat rumah.. so apa lagi..mama pun menangkaplah pic baby Q sementara tunggu babah balik

Adik yang dah makin berisi, dan chubby dah dia..baju pun dah kecik
Photobucket

hiks..tengkuk terbenam kata emak...eheheh ikut tengkuk babah ni..hahaha
Photobucket

dan ini meh kita tengok pic adik dan pic abang dulu...sama je diaorang ni tau..semua orang cakap, Alesya macam muka Najmi..see kalau tak percaya
Photobucket

Photobucket

Photobucket
hahah sama kan diaorang..

ehh dan lupa hari tu nak upload..pic masa diaorang hantar mama ke KLIA..
Photobucket
sedih je masa nak masuk balai berlepas...teringat-ingat senyuman si adik..

Oh ya, kepada yang boleh bantu kat Imegresen untuk uruskan permit bibik tu, sila tinggalkan jejak, bantuan anda diperlukan...






Monday, November 03, 2008

Balik dari Langkawi


Penat ooo balik dari Langkawi, penatlah aktiviti full, meeting pada hari kedua, menarik, byk isu dibangkitkan, and sessi dicussion pun ok, byk idea dibincangkan, the ceramah pun ok, kecuali hotel yang kami duduk, very the kaput occay..

Ingatkan kami je kaum pompuan yang membebel, kaum bapa-bapa pun membebel.. busuk la..bilik air kotor..bilik sempit...ermm that part urusetia kena hati-hati sikit, better cari hotel yang lebih baik, dun worry la..for bilik hotel, kitaorang bayar sendiri, claim kat organisasi masing-masing, and the hotel rate up to 160/night,ikut pekeliling, so carilah hotel yang lebih elok penginapan dan servis, bukan organizer bayar untuk penginapan pegawai, organizer just arrange agenda sahaja. Sebanyak-banyak hotel kat Langkawi naperlah organizer pilih hotel tu..ishkk tak faham sungguh.

Bekerja dalam bidang saya adalah best kerana, graduan dalam bidang ni 90% adalah graduan UiTM, so pi balik jumpa our senior, junior.. dan rakan sama batch, best sekali..kami rapat sebab kenal mengenali antara satu sama lain. Ye la..UiTM je offer course kami kan, universiti lain kalau ada pun untuk master je, and dah ada master jarang lak diaorg jadi librarian, diaorng ada yg jadi lecturer. So sangat best, kalau ada meeting, kursus untuk bidang kami, sebab akan berjumpa rakan-rakan sama belajar dulu.

Untuk meeting kali ni 6 orang dari batch saya masa belajar dulu bermeeting bersama, so macam reunion kecil-kecilan, malam pertama, kami borak sampai dekat pukul satu pagi, gelak dan gurau senda mengingatkan kisah silam. Bestkan Mekna, tini dan kecik.. Faiz berendut ngan apoi la..orang bawak laki la katakan.. cit...

okeh meh kita tengok gambo meh.. masa amek pic ramai-ramai tu suruh sorang our junior Charles amek pic ni..dan sah-sah kena laser, kata Charles "kak Pnut amek pic harus masuk blog" hahaha ya ampun En. Charles..ye la..Encik Charles ka katakan, nama je junior, tapi hasil kegigihan dia sudah naik pangkat.. tak gitu Charles.. tapi mulut tetap menten..laser gitu..
Photobucket
Ini 4 orang emak budak, plus sorang awek lagi, Kecik, yang dah tak berapa kecik dah... aku rasa chik ,panggilan Chik tu dah tak relevan dengan hang dah.. kena panggei chaq pulak... hahaha larikkkkk

and mekna tu dah jadi tokei sabun cuci muka apa nama pencuci muka tu mek?? eumora kalau tak silap, so sapa nak beli sila contact mekna.. aku tolong kengkawan jadi jutawan ni.. masa kami amek pic

Photobucket

Ini lak kat belakang hotel, kami lepak situ tunggu sunset, amek pic and jiwang-jiwang japs.. and bawah tu pic kraf yang anak-anak orang kampung buat kat Perpustakaan Desa mereka, aktif library di sana, bagus.
Photobucket

Bila dah susut berat, baru la saya terasa hendak bergambar, kalo tak, hilang nafsu nak bergambar, ngeri nak tengo pic sendiri.. macam tengok peti ais dua pintu pakai baju je..sebelum ini..hahahaha
Photobucket
Inilah hasil dari kegigihan aku, Mekna dan Tini menambah statistik pendapatan per kapita Pulau Langkawi... erkkk kalau Langkawi bebas cukai, tokei dia bukak kedai tu, kena tax tak?? ke barang jualan je tak kena tax, tokei kedai still kena tax?? kalau kedai pun kena tax, rakyat Malaysia sila berterima kasi kepada saya, Tina, Mekna, Faiz dan rakan-rakan lain kerana menambah pendapatan kedai, dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan nilai cukai tokei kedai kena bayar cukai.... hahaah ayat untuk tidak menyebabkan diri rasa bersalah kerana sudah over belanja dan seterusnya menyebabkan terpaksa hidup bergantung harap kepada laki untuk belanja sendiri..

Tuan-tuan dan puan-puan, cik-cik sekelian, sila order cupcakes ye, supaya saya ada duit belanja hiks...


Photobucket
Masa di Langkawi saya sangat risau tau, si adik demam, dan si abang pun demam, abang sampai mc semalam dan hari ini sebab demam, flight saya balik sepatutnya jam 9.30mlm, plan asalnya saya nak bertandang ke rumah Cik Gaban untuk seketika dibatalkan kerana saya tukar flight minta balik 6.30ptg, jadi masa sangat limited. Aida a.k.a CIk Gaban, Insya-Allah kami akan pergi lagi dalam waktu terdekat ni, nanti akak pegi rumah Aida ye... dan tima kasih bebanyak pada Aida yang sudi menjadi pemandu pelancong kami. Jasamu ku kenang.. muahhhsss

Balik je semalam si Abang sudah menerkam mama, peluk-peluk kiss-kiss.. lepas tu bukak beg coklat terus baik demam.. tu diaaa ubat dia.. SI adik tido..mama malas nak kejutkan...kiss-kiss sikit-sikit... tapiiii jam 12 tgh malam, sebelum mama tido, mama tukarkan diapers dia, and nak kasi susu, tu diaaaa dia sudah celik mata, dok main pulak dah... kejap gelak..gelak tendang-tendang, kejap-kejap 'bersembang' aduhai anakku...terpaksa mama layan adik 'bersembang' dan bergurau senda sampai jam 2 pagi. Adik balas dendam la..rindu baru jumpa mama ek...

Jadi, kepada yang belum sampai ke Langkawi, sila masukkan Langkawi dalam kalendar percutian anda, tak lugi loooo, selain bercuti dapat bershopping, seperti Tini yang membeli Periuk Vision Ware beratus-ratus ringgit, dan Faiz yang shopping sampai senget kereta dan berat feri. Kami orang Kedah, boleh pegi Langkawi balik hari je...hahhaah riak..riak..riak...

 

pnut testing Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino