Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:
ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
Hadis mengenai kelebihan Jumaat
Dalam sebuah hadis daripada Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a. beliau telah berkata bahawa Abdullah bin Umar r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa waktu mustajab berkenaan ialah antara duduknya iman di atas mimbar sehinggalah sembahyang sempurna dilakukan.
Terdapat hadis lain menyatakan bahawa Baginda s.a.w. ada menjelaskan bahawa waktu tersebut ialah selepas waktu asar pada hari berkenaan. Barang siapa berdoa dan menepati waktu tersebut, maka Allah akan memperkenankan permohonan berkenaan.
Dalam sebuah hadis daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman, beliau berkata, ada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. duduk berkumpul, lalu mereka membincangkan waktu mustajab yang terdapat pada hari Jumaat. Mereka kemudian pergi setelah menetapkan bahawa saat itu ialah pada akhir waktu hari Jumaat.
Cik kak-cik kak juga.. sambil makan tu kot teringat blog saya, doalah dalam hati, "Ya Allah kau sembuhkan baby Alanna yang kak pnut cerita dalam blog, sesungguhnya dia amat kecil untuk lalui semua kesakitan, kau berilah kekuatan dan kesembuhan buat dia" ni sambil baca ni pun, stop kejap, angkat tangan dan berdoalah.. sat-sat lagi tengah drive ke, kalau ingat, doalah, pandang anak-anak kita, dan ingat dalam jiwa kita, ada orang sedang mengharapkan doa kita. Ada anak kecil mengharapkan doa kita, ada jiwa sedang berjuang untuk bernafas, bila pandang wajah anak kita tertido, kenangkan ada nyawa sedang tenat dan terpaksa bergantung kepada perubatan moden untuk terus hidup. Ini hari, hari mereka, kita tak tau hari kita bila dan apa akan berlaku, suatu hari nanti sekiranya Allah mahu menguji, kita juga mengharap doa orang lain buat kita. Sedekah paling baik ialah doa...
tolong berdoa, dan doa.. Hanya itu saja kekuatan yang kita ada, teori doktor cuma membuat yang terbaik, tetapi yang terbaik dari yang terbaik itu adalah dari Allah...