Ok..promise ni last episod of Sabah tau.. acik pun dah letih hadap gambo ni... pi lari guna pc one of my staff sat, mujur hari tu sempat kasi dia install picasa, so dapat acik meng-collage pic ni, kalau tak jenuh juta-juta pic nak upload..koser ai tau...kalo nak view pic lebih beso..sila klik gambo ek, acik malan nk upload ke photobucket atau imageshack, ada komplem dari ouls, yang katanya opis block dua web ni, so tak leh tgk pic, jadi acik upload ke blogger je, so kena klik gambo utk beso
Pagi, sebelum check out tu round sekitar resort dulu, cantik taman ni
Si abang dan adik, as i said, si adik ni seminit pun dia tak reti duduk diam..
Lepas check out, kami pegi sarapan sebelah resort je, kat restoran apa tah. Kat sini pepagi diaorang dah makan nasi ouls.. mee bihun bagai nan ado... terus nasi, my darling makan sup campur, sedap sup dia. manakala saya, mak tok, dan si abang makan nasi. Orang sabah tak makan pedas, so agak slow le kami makan, sebab tak masyuk tekak, lauk tak pedas ni. Si adik, yang tak duduk diam tau, penat.. sudahnya dudukkan dia kat kerusi ingatkan nak diam sekali dia berdiri dan tak kasi orang pegang dia. terlentang baru dia tau. tengok siap bersandar, bila saya pegang dia marah emak dia occay.
Destinasi pertama, ke KUNDASANG WAR MEMORIAL mulanya acik cam malas nak panjang atas bukit ni, tapikannn teringin pulok...ehehehe, masuk sini kena bayo 2 ringgit kot dewasa, kanak-kanak singgit, dari bawah tempat parking kena daki bukit sikit, dah masuk taman, ada tembok besar sebagai perisai masa perang dulu. cantik tamannya, tapi sayang terbiar tidak begitu terjaga, taman neh, kalau dok kat Perbadanan Putrajaya, kompem lawa ni.. (hiks tetiba perbadanan putrajaya masuk pilem) tp betul, PPJ ni badan kayo.. lanskap sini lelawo ooo
Nampak??? nampak??? itu budak kecik?? ada dia dok diam??? tak diam noks..letih maks.. meronta minta dibebaskan je
Kalau lepas bebas dia... suka la...
Cantik kan pemandangan dari atas bukit ni, nampak perkampungan di sini, cantik..
Perkampungan, sejuk di sini, atas bukit sinun, ada ladang lembu ala new zealand, tapi kami tak sempat pergi, atau rahsia laki ku bocor jua, dia takut minyak keter tak cukup.
Ok, abeh kat situ, kami terus gerak balik ke KK, kejo masa ni, sebab ada banyak aktiviti kat sini nanti...eheh Kate dah menanti kami. Sebelum balik sempat singgah beli buah sikit dan jajan, kat gerai-gerai kat tepi jalan.
Sampai KK, terus ke TANG DYNASTY HOTEL hotel ni strategik,sebab betul sebelah shopping complex..hiks tapikan sekali pun kami tak sempat masuk usha situ, penuh aktiviti beb. Not bad hotel dia, 3 stars je. jadilah sesuai ngan bajet, kebetulan tengah harga promosi, RM125/night, dan ada swimming pool lagik, so terus book sini. Padahal sebelum tu saya dah book Hotel Imperial Boutec, tapi tak jadi sebab situ tader swimming pool, ahahah padahal Najmi sempat sekali je mandi kolam, tu pun tak sampai setengah jam.
Lepas check in semua, Kate jemput kami bawa pegi makan kari kepala ikan.. huh baru dapat masakan pedas, hehehe sedap betul..tp Kate ni pemurah sungguh lah haiii sampai dua ketul kepala ikan dia order, pastu tak abeh makan, sebab banyakkkk oooo kenyang giler. Kate time kasih bebanyak...
Dari situ kami keKARAMBUNAI menarik tempat ni, sebab laut dan pantai dia cantik sangat, plannya nak berkayuh basikal, tetapi polisi dah tukar pulak, utk hotel guest je boleh sewa, orang luar tak boleh.. pulok dah, frust Najmi dan anak Kate.
Si Alesya macam biasa mana reti duk diam, harus berlari sana sini kan..
Heheeh kate yang pemalu, awal lagi tak mau nampak muka kata dia..
Budak tak duduk diam, jenuh mengejar dia
sorang-sorang dia pun teroka sana sini. tak heran dan tak takut.
Malam tu, Kate bawa kami makan seafood pulak, aduh again dia belanja lagi, naik sogan den. tp makanan laut dia adalah terbaek.. mmg sedapppp
Alesya dah kepenatan, tertido sepanjang kami makan minum, eheheh lega juga, kalo tak, mau dia berlari sana sini, tak aman acik mamam nanti. terima kasih lagi Kate... terharu aku ko layan kami baik sangat
Jeng..jeng... esoknya adalah hari dinanti.. memang saya teringin sangat nak ke Pulau Manukan, dulu arwah Nur yang keja kat UMS, pernah bagitau saya, kalau saya pegi KK dia akan bawa saya ke pulau ni, tapi sayangnya Nur sudah tiada untuk bersama-sama saya. AL-Fatihah buat arwah.
Pagi-pagi lagi kami dah gerak ke Jesselton Jetty erkk pagi tak pagi sangat, dalam pukul 8.30 pagi le..tp 8.30pg di sana, kira 9.30pg disini la cuacanya. Sebelum gerak, kami sarapan dulu, then tapau makanan untuk ke Pulau. Note kat sini, makanan kat Pulau pun ada, tapi mahal sikit, better bawa dari Jetty. Peralatan snorkeling boleh juga sewa di Pulau, tetapi better sewa awal dari Jetty sebab kat Pulau mahal sikit. Moral kat sini, hat fin, menatang kaki itik tu tak payah le sewa, buang duit je, tak guna pun, bukan kita nak berenang tengah laut, berenang pun tak reti..ehehe kamu duk bawah jeti je..
Naik bot ke Pulau, dalam lebih kurang 15 minit, dari jeti ke pulau, ada 3 pulau kat sini, pulau si api-api (kalau tak silap), pulau mamutik dan pulau manukan, manukan besar sikit dan lebih ramai orang.
Adik agak bad mood, mengantuk dan mabuk kot..eheheh
Yeayyy dah sampai..jejak juga kaki saya ke sini, sudah lama teringin nak ke Pulau Manukan.
Kami cuma berendam bawah jeti je..ehehe tak pakai sun burn losyen, so takut hitam..eheheh so bawah jeti je, lagipun bawah jeti banyak ikan, sebab teduh kan... si adik mandi kejap, bukan dia tak nak, tapi emak dia tak larat pegang, so post ke atas, hantar kat mak tok..
Cantik kan??? adik dok ngan mak tok berkelah berdua
Adik kan tak dok diam, nak jalan dia malas, so dia punggah keropok amplang makan sensorang.
Okey, nak balik dah.. seronok sangat, satu pengalaman indah, dapat selam muka dalam air laut, dan nampak ikan berenang-renang dengan jelas, berjam-jam kami duk kat sini.
Lastttt.. dah balik hotel, mandi manda.. kami keluar ke Filiphino market, market WAJIB pegi la kalau ke Sabah dak?? just cari souvinier je.. saya bukan kaki shopping, so takder benda sangat membeli kat sini, just belikan t-shirt buat my staff kat opis, key chain untuk kengkawan Najmi. dan keropok, kat sini ada service pack barang belian kita, senang terus angkut masuk flight nanti.
Hujan lebat tau kat sini, tapi kami redah juga, sebab mengejar masa, sebab dah suntuk, kami kena balik hotel at least jam 6ptg, sebab Kate akan jemput kami untuk ke Aiport 7.30 malam, so kelam kabut juga.
Kate, saya ucapkan terima kasih bebanyak kepada kamu, suami kerana memberikan kami satu nilai persahabatan, dan kasih sayang. Walaupun inilah kami pertama kami bertemu, tetapi kesedihan melanda semasa kami hendak berangkat.. sebak sangat.
So panduan untuk mereka yang ingin bercuti ke KK, ini adalah perjalanan kami dan pengiraan belanja kami (tak le details, tapi cukup sebagai panduan)
~Tambang- Air Asia promo (RM620)
pegi balik untuk 4 dewasa dan sorang baby-Alesya belum 2 tahun masa travel
~Sewa kereta 1 hari (RM100) viva (tapi kami kena charge, Rm140, sebab pulang lewat 2 jam, sejam 20 ringgit) = RM140
~ minyak kereta (RM30 + RM10 )= RM40
~ TM Resort Kundasang = RM130 /night
~ Kinabalu Park entry = (RM10) 3 dewasa RM9 1 budak RM1
~ Hot Spring = RM10 3 dewasa, satu budak
~ Kudasang Memorial Park = RM10 3 dewasa satu budak
~ Tang Dynasty Hotel - RM125/night x 2 = RM250 + 1 extra matress = RM280
~ Tambang teksi dari hotel ke Jetty = RM15
~ Tambang bot pegi balik untuk 3 dewasa dan satu budak RM63 + Rm12 jetty tax = RM75
~ Tambang teksi Jetty-Hotel RM10
~ Tambang teksi Hotel-Filiphino Market = RM10
~ Tambang teksi Filiphino Market - Hotel =RM10 (ni kalau kat KL pakai meter, tak sampai RM6 kot, dokek je..)
Erkkk ni kira cincai je la tak details, kos kami agak rendah sebab Kate yang banyak bawak kami ke sana sini. Makan minum kat sini tak le berapa mahal seperti dijangka.
TOTAL = RM1245
Buuttttttt total experience, memories dan happiness that we spend = PRICELESS
Kenangan dan memori indah itu tidak dapat ditukarkan dengan wang ringgit. Alhamdulillah.. Selagi sihat dan ada rezeki, kami akan bawak emak dan anak-anak berjalan, kita tak tau berapa lama hayat kita kan?? kalau tak panjang umur, setidak-tidaknya anak-anak merasa naik kapal terbang, berjalan makan angin.. ada kenangan kita tinggalkan bersama mereka, kalau umur panjang ada rezeki berjalan lagi.. masa sihat ni la nak berjalan, dah sakit-sakit esok tak larat dah.. and bila anak-anak dah beso, depa pun ada aktiviti sendiri, nak dapat masa free bercuti bersama mungkin sukar....
Okeh tamat sudah... Next plan.. TAMAN NEGARA, PAHANG..
Insya-ALlah akan ke sana nanti..sooonnnn saya dah pernah pegi tahun 1997 kot..dah lama.. so kali ni nak pegi lagi dengan family pulak.. tengah usha resort, dan segala neka info untuk dibentangkan kepada pakcik gebu agar mendapat perkenan..