Masih mood raya.
Hari Sabtu lepas diadakan rumah terbuka Aidil Fitri peringkat kebangsaan di Putrajaya ni. Orang luar Putrajaya berpusu-pusu datang, tapi kami yang duduk di sini pulak tak mau pergi sebab mesti sesak. Petang tu kami menerima tetamu, sedara mara darling I lah, kononnya mereka hendak pergi beraya kat Rumah terbuka tu, tapi bila tengok ‘keramaian’ di sana dan ditambah hujan-hujan pada petang tu mereka pun tak jadi hendak bertandang.
Hari Ahad seawal 10.30 pagi sudah ada tetamu datang berkunjung, iaitu, ex-baby sitter Najmi sekeluarga dari Cheras. Hampir tengahari baru diaorang balik. Elok je diaorang balik, kami pun dah rancang-rancang nak keluar beraya, terima satu call, family yang baru sampai dari Kedah pula nak datang bertandang.
Elok family dari Kedah beredar lebih kurang jam 4 ptg, daling kata, cepat semayang Asar lepas tu kita keluar pergi beraya, Elok kami dua beranak sudah bersiap, tunggu darling habis solat, sudah jiran sebelah rumah pulak datang beraya. Kami pun layan tetamu dahulu. Sudahnya, rancangan hendak keluar beraya lepas solat Zohor tertunda lagi. Tetamu pulang jam 5.30 ptg, kami pun bergegas bersiap-siap bergegas nak beraya juga sebab dah plan.
Kami menuju ke Semenyih, rumah abang ipar jalan jam teruk sepanjang Jalan Semenyih, menyebabkan kami sampai di sana sudah jam 7.15, lepas solat, makan-makan… kemudian kami beraya ke Cheras pula rumah ex-baby sitter Najmi yang dah kami anggap macam sedara sendiri. Ermm macam biasa Najmi kalau sampai sana mesti tak nak balik. Nasib baik beg dia da ready 5-6 helai baju.
Semalam pun nak pergi ambil dia, dia tak mau balik lagi, aku umpan dia, nak pergi beli mainan. Itu pun bermacam helah dan trick digunakan. Dia bijak mengumpan jugak, dia kata mama bawak Iya sekali (Iya tu cucu Mak Yam ex-baby sitter Najmi), aku tau trick dia, kalau bawak Iya, nanti dia tau aku mesti kena return Iya kembali ke rumah Mak Yam. Aku pun terror juga aku cakap, biar Iya mandi dulu, nanti Iya busuk dia berak dalam kereta. Helah aku berjaya.
Malamnya aku sibuk membelek majalah Anjung Seri, ermm aku nak menempah langsir, jadi aku membelek-belek fesyen-fesyen langsir dalam majalah. Daling nak yang simple tak nak ropol-ropol he..he.. biasalah lelaki, tapi tak apa yang pergi menempahnya aku..he..he..
Tips dari Mak Andeh
Sambil aku belek-belek majalah tu, Najmi pun sibuk-sibuk, aku guna trick yang diberi dalam blog http://makandeh.blogspot.com . Aku cakap, ni dalam majalah ni dia tulis, “ini buku mama, bukan buku Najmi, buku Najmi yang lain kat bilik,” tips dari Mak Andeh memang berkesan, Najmi menjawab, “Ooo, nanti kita ambil buku kita kat bilik,” dan dia pun suka ria membaca buku A, B, C dia. Wah..wah…tribute to Mak Andeh
Malam semasa kami atas katil nak tidur, aku masih sembang-sembang dengan darling, budak yang tidur katil kartun sebelah katil kami pun sebok bercakap juga, dengan gelak ketawa yang kuat,
Babah cakap, tidurlah esok nak pergi sekolah, dia pun pura-pura pejamkan mata, lebih kurang 2-3 minit tu dalring test, darling cakap, mama ni cantiklah, lawa, tak macam Najmi, (Najmi diam, pura-pura tidur) kemudian darling cakap lagi, jomlah mama, kita kelaur minum-minum Najmi dah tidur tinggal je (dia diam lagi) Kemudian dalrign cakap, “siapa hensem angkat tangan,” (Diam juga lagi,) kemudian darling Tanya lagi beberapa soalan, dia masih diam, last sekali Tanya, siapa dah tidur angkat tangan…..tupppp terus dia angkat tangan…..ha…ha………berderai kami gelak tengah-tengah malam….
Dia angkat tangan sebab nak bagitau dia dah tidur, tapi tak fikir bahawa bila dia angkat tangan bermakna dia belum tidur. Ermmm like father like son banyak trick nakal.
Monday, November 29, 2004
Friday, November 26, 2004
Busyla..
Lepas update pada hari Selasa hari tu, macam setiap hari pulak selepas itu aku nak update blog, tapi tak sempat la...boss asyik bagi kerja je, penatla... Tak sabaq aku tunggu opis mate yang yang cuti bersalin tu masuk balik, minggu depan, boleh aku pass balik kerja-kerja dia yang berlambak tu. Sakit otak aku...
Semalam 26/12 kami ada majlis jamuan raya PUSPAN*TA kementerian, Jabatan aku adalah sebagai Biro Sosial, so kami jadi tokei besaq bagi majlis berkenaan. Setiap agensi kena buat persembahan, dan macam biasa, jabatan aku merupakan antara Jabatan yang aktif dan sering ditunggu-tunggu persembahan dari kami. Kali ini kami buat persembahan Ulik Mayang versi moden, tak der menari beriya-iya macam org-org muda. Kami duduk-duduk je, macam ala-ala dikir barat jer persembahannya, yang modennya sebab bomoh yang mengubati puteri yang pengsan tu, guna henpon polifonik, dan sempat ber-sms lagi. Gamat dewan seketika. Tahun lepas kami jadi persembahan terbaik dengan persembahan dikir puteri kami, dengan step ala-ala aserehey...ha..ha..
Semalam, petang lepas amik Najmi dari taska, aku pergi Serdang, sambil tunggu aku order nasi goreng nak tapau, aku merayapla dengan Najmi kat kedai-kedai perabot kat tepi-tepi gerai makan tu, ermm aku tengok-tengok almari hiasan yang dah lama aku mengidap tu..he..he...bodek punya bodek Cina tu kasi spesial diskaun, sebab aku kata aku nak beli dua barang, almari dan katil. Aku agak-agak murahlah harga yang dia bagi tu. Sebab almari tu aku tengok kat kedai-kedai lain sebelum ni paling murah pun RM650, tp cina ni kasi harga RM550 je. Kira ok je.
Aku balik rumah, aku cakap kat darling. Dia diam je peh tu dia cakap, duit awak, ikut suka awak le...Yes...yes....lampu hijau dah dapat. Tapi tak nak beli lagi, nak tunggu bibik import dari Kedah datang minggu depan. Aku suruh adik aku datang sini next week sebab darling akan outstation 3 hari, so aku panggillah adik aku dan kawan dia datang teman. Jadi aku akan suruh diaorg projek cat rumah dan taruk wall border yang dekat setahun dibeli tak pasang-pasang lagi.
Lepas dah setel pasang wall border barulah nak cari almari tu..he..he... kan darling kan..kan....muaahhhhh..
Najmi dah besar
Najmi akan masuk 4 tahun bulan 3 tahun depan. Dan kalau ikut kalendar Islam hari raya haji ni dia akan genap 4 tahun. Tahun ni raya haji di rumah Mak Tok, jadi mesti mak tok nak buat birthday cucu sekali, aku plan hari raya tu daripada buat ketupat baik kami buat pulut kuning.
Dah nak masuk 4 tahun, perbendaharaan kata Najmi makin bertambah dan dia nampak comel bila menyebut “apa mama? Apa mama cakap kat kita tadi? Kita tak dengarlah, mama ulang la,” ayat biasa bila aku bercakap dengan dia dan dia leka dengan chanel 62, cartoon networknya.
Semalam adik aku Jan telefon, aku tengah mandi, Najmi angkat phone, dia cakap mama mandi. Kemudian bila aku keluar dari bilik air, dia cakap, “tadi Pak Cik telefon, kita suruh Pak Cik telefon lagi mama mandi,” Aku tanya dia Pak Cik mana? Dia jawab, “Pak Cik la , Pak Cik yang duduk dekat rumah mak tok tu...,” oh...sweetnya.
Bila aku return call Jan, dia kata, “pandai anak hang angkat telefon, aku terkejut,”...ermmm Pak Cik dia tak tau....bukan takat angkat telefon, bukak grill pun dah reti, aku kena sangkut kunci lagi tinggi. Guna remote Astro pun dah reti. Budak-budak sekarang..
Sekarang asyik tanya dah besar ke kita mama? atau..kita dah besar ke belum? dia nak besar, sebab budak besar boleh main aksi lebih ganas. sabau je la..

Monday, November 22, 2004
Kembali bertugas selepas raya
Hari ni kembali bertugas macam biasa..
Tetapi mood raya masih ada...ye lah org duduk KL, minggulah minggu beraya. Minggu inilah nak berjalan bertandang beraya ke rumah rakan-rakan, jiran-jiran serta sedara mara yang tinggal di KL jugak.
Kami pun dalam perancangan akan beraya ke rumah abang ipar di Semenyih, rumah sepupu-sepupu sebelah husband di Gombak, sepupu aku sendiri kat Kajang, Cheras, serta sedara mara kat Shah Alam.
So kalau ada sesiapa dalam agenda hendak beraya ke rumah kami minggu ini, maka telefon-telefon lah dahulu, kerana mungkin kami tidak berada di rumah. Kami tidak merancang untuk mengada open house macam kelazimannya kerana beberapa sebab termasuk sebab wallet nipis jer lepas raya, walau bagaimanapun, sesiapa yang hendak beraya ke rumah kami, kami mengalu-alukan. Tapi silalah maklumkan kedatangan anda, kerana kebiasaannya akan diusahakan paling tidak goreng mee atau masak spagethi the paling-paling simple. Kalau anda hendak surprise kan kami, maka makanlah kuih raya dan kerepek je. Tapi kalau ada yang hendak beraya ke rumah kami sambil membawa pizza ke, KFC ke lagi best.
Beraya tahun ni giliran kami beraya di Perak, kalau beraya di Perak, aku tak payah melaram baju raya, sebab confirm dari pagi raya sampai petang raya menyinsing tangan di dapur sahaja, bancuh air, basuh gelas, susun kuih, masak itu ini. Maklumlah my darling tu dari susur galur yang ramai. Dari adik beradik, serta sepupu-sepupunya, mak-mak sedaranya semua subur-subur belaka, seorang ibu beranak paling sikit 4-5 org. paling ramai berapa belas ntah.
Selepas subuh pagi Sabtu sebelum raya tu, my darling dan adik ipar serta ayah mertuaku ke pasar di pekan Kuale mencari ayam, daging serta bahan-bahan masakan utk membuat kuah lodeh, (kami nak masak lontong di hari raya) jadi sebagai ketua chef, aku senaraikan semua bahan yang perlu di beli, aku tidak ikut sebab Najmi demam.
Jadi aku duduk kat rumah, sambil membuka daun palas (maksudnya membuat kelongsong ketupat) bila diaorg balik dari pasar, aku sambung memotong daging untuk dibuat satay goreng, (resepi istemewa keluarga aku setiap kali raya) kiranya aku jadi ketua chef, memasak rendang, buat satay goreng, serta buat kuah kacang. Ermm terror jugak aku membelasah semua menu tu, padahal first time aku aku memasak secara solo, biasanya aku membantu mak je. Tapi syukur berkat saban tahun aku menjadi assistant chef dengan mak, tahun ni aku boleh masakkan juadah special untuk keluarga mertua pulak. Ermm kan darling...i kan menantu kesayangan gitu. Pandai bodek mertua...ha..ha...
Hari raya kedua membuat ketupat palas pulak. Aku belasah lagi sesuka hati aku buat ketupat palas, memandangkan kakak ipar aku pun tak reti buat ketupat palas. Sekali lagi aku tunjuk terror, last-last aku dah tak larat membuat (ye la secupak pulut aku sorang jer buat, mamfus le) yang akhir-akhir aku bantai balut dengan daun pisang jer, sekali lagi diaorg kagum dengan kehebatan aku membelasah pulut dalam daun pisang, dan bapak mertua aku kagum semacam dengan menantu dia..he..he..darling pun kembang kempis jer bila bini dia yang memang kembang bermangkuk-mangkuk dan bertingkat-tingkat ni...
Anak-anak buah husband yang anak yatim yang tinggal dengan mertua aku pun rajin membantu, dah besar panjang jadi anak teruna hensem-hensem pun rajin menolong. Pergi kedai, mesin kelapa, bakar lemang, blender cili, basuh pinggan. Tapi petang ni memang penat giler, mujurlah aku ni 'uzur' masa tu, jadi bila budak-budak tu tak der aku bantai minum ayaq.
Raya kedua tu malamnya kami dah balik SP. Raya ketiga siang tu aku buat soto, malamnya kami ber BBQ di Caveman dengan blogger utara. Dan paling menarik ' I Know What You Didi Last Raya' - ada orang buat lawak, tinggal kunci kereta dalam bonet kereta, dan kami semua pakat jadi McGyver, dekat dua jam berhempas pulas akhirnya berjaya. Cuba teka siapa mamat buat lawak di hari raya?
Raya ke 4 kami ke kampung mak, di Penaga, kat Butterworth. Dari pagi sampai malam beraya sakan. Tak dapat lah nak beraya ke Char Keow Teow di Bukit Mertajam. Esoknya kami beraya sakan ke Aloq Setaq, ke rumah Cikgu Midad dan Zaza, kemudian ke rumah Purbe dan last ke rumah Mat Jan. Di rumah Cikgu Midad makan spagethi, kat rumah Purbe makan makaroni, dan rumah Mat Jan makan mee rebus, semuanya sedap-sedap.
Hari Sabtu kami balik ke Perak semula dan Hari Ahad balik ke KL. Semalam aku cuti, hari ni baru kerja, masuk je kerja, bukak email, huhh bermacam amanat. poning den. Boss tak der, tapi boss call kemudian tu, dia kata dia cari aku semalam, dia lupa aku cuti. sabo je la...
ok selamat hari raya..

Monday, November 08, 2004
Kisah sedih yang panjang
THIS IS UPDATE VERSION..SILA BACA BAWAH PUNYA DAHULU
ISU TOK MEK: Update 7 Nov 2004
Berikut adalah update terbaru mengenai isu Tok Mek dan adik Nurfazida Bt Md Radazi.
Apabila sampai ke pengetahuan saya bahawa pihak sekolah di mana adik Fazida belajar, iaitu Sekolah Menengah Keb Parit Panjang, Baling Kedah tidak berpuas hati dengan tulisan saya kerana dikatakan dalam tulisan tersebut terdapat beberapa fakta yang tidak tepat; maka pada hari Ahad 7 Nov 2004, saya dan 3 orang sahabat yang turut serta dalam lawatan ke rumah Tok Mek tempoh hari telah bergegas ke Sekolah berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.
ISU BIASISWA
Dalam meeting tergempar yang diadakan di Bilik Mesyuarat sekolah berkenaan bersama-sama dengan Tuan Pengetua Sekolah beserta Guru-Guru Kanan dan guru kelas Fazida, yang kemudian turut disertai oleh Tok Mek dan adik Fazida sendiri beserta seorang Ustazah yang menjaga bahagian Biasiswa; kami diberikan gambaran yang sebenar kenapa adik Fazida tidak mendapat biasiswa.
Terdapat 4 Kriteria untuk mendapat Biasiswa:
1) Pencapaian Akademik
2) Jumlah Ahli Keluarga
3) Pendapatan Keluarga
4) Jarak Dari Rumah Ke Sekolah
Dari sudut pencapaian Akademik, kami ditunjukkan report kad yang menunjukkan adik Fazida hanya mendapat No-2 dalam kelas 2Dnya, dan bukan No-1 seperti yang saya tulis berdasarkan apa yang diceritakan oleh Fazida dalam lawatan kami tempoh hari.
(Saya ingin mohon maaf kerana dalam tulisan saya itu saya tidak nyatakan No-1 itu dalam kelas atau pun untuk keseluruhan , kerana saya tidak expect adik Fazida untuk mendapat No-1 untuk keseluruhan tingkatan, cuma No-1 dalam kelas Tingkatan 2D sudah memadai, mengambil kira beliau sebagai anak yatim yang tinggal dengan moyang yg sudah tua di dalam rumah kecil yang bocor bumbungnya tatkala hujan tiba. Saya mohon maaf)
Kelas 2D adalah antara kelas yang tercorot, walau pun beliau mendapat No-2 dalam kelas tersebut, tapi relative dengan kedudukan tingkatan berbanding dengan kelas-kelas lain, beliau dikira jauh ketinggalan. Ini adalah penjelasan pihak sekolah.
Dari sudut jumlah ahli keluarga juga beliau gagal memenuhi kriteria untuk mendapatkan biasiswa kerana hanya beliau dan Tok Mek sahaja dalam keluarga tersebut. Dari sudut Jarak ke Sekolah juga gagal kerana jarak dari rumahnya ke sekolah hanyalah beberapa km sahaja. Cuma yang melayakkan beliau ialah untuk mendapat biasiswa ialah kriteria no (3), iaitu Pendapatan Keluarga. All in all, beliau cuma memenuhi 1 drpd 4 kriteria di atas. Kerana itu beliau gagal memperolehi biasiswa. Saya ingin memohon maaf kepada pihak sekolah kerana saya tidak mengetahui mengenai Kriteria tersebut. Harap maklum.
ISU WANG SUMBANGAN
Satu lagi isu yang dibincangkan ialah mengenai pengurusan dana wang sumbangan orang ramai terhadap Adik Fazida dan Tok Mek.
Pihak sekolah telah bersetuju untuk melantik sebuah Jawatankuasa yang akan mengendalikan dana tersebut yang dianggotai oleh beberapa guru; sementara saya Mohd Monier Bin Mat Din berserta 3 orang sahabat saya iaitu sdra Warikh (cameraman), Wahab (kawan baik saya), sdra “M” yang menangis di hadapan stering Serenanya sebagai pemerhati.
Adalah dirasakan perlantikan Jawatankuasa tersebut kena pada tempatnya kerana bukan sahaja kami atau pun guru-guru, tapi jiran-jiran Tok Mek juga risau dengan “kehadiran kelibat-kelibat asing” di waktu malam di kampong tersebut sejak-sejak dana untuk Tok Mek dan adik Fazida turun mencurah-curah.
Dalam mesyuarat ini juga dipersetujui beberapa perkara berikut:
Pihak Jawatankuasa Dana akan memegang buku BSN ini (dengan persetujuan Tok Mek) sehinggalah adik Fazida habis Tingkatan 5. Selepas itu, buku tersebut akan diserahkan terus kepada beliau.
Pihak sekolah memaklumkan bahawa di sekolah tersebut bukan sahaja adik Fazida yang miskin dan susah tetapi lebih ramai lagi murid-murid yang sama atau pun jauh lebih susah daripada adik Fazida. Memandangkan jumlah kutipan tersebut agak banyak dan di luar jangkaan, maka dalam mesyuarat ini, dengan persetujuan Tok Mek dan adik Fazida, wang tersebut akan diagihkan kepada kategori yang berikut: 1/3 untuk buat rumah Tok Mek, 1/3 untuk biayai persekolahan adik Fazida dan 1/3 lagi untuk dana pihak sekolah bagi membantu murid-murid lain yang sama sudah atau pun jauh lebih susah daripada adik Fazida. Dalam perbualan saya dengan Tok Mek seterusnya, Tok Mek cakap wang itu dia niat sedekah untuk budak-budak itu. Lagi pun, dari segi saikologi sekurang-kurangnya ianya dapat mengelakkan rasa iri hati atau pun tidak puas hati murid-murid lain yang sama susah atau pun jauh lebih susah daripada adik Fazida.
Bahagian 1/3 untuk adik Fazida itu tidak akan diserahkan sekaligus kepada beliau mengambil kira usianya yang masih muda. Pihak Jawatankuasa akan memutuskan jumlah “‘Elaun Bulanan” yang akan diberikan kepada beliau berdasarkan masa dan keadaan bagi mengurangkan risiko beliau berbelanja berlebihan. Apa-apa pun selepas tingkatan 5, beliau akan mempunya kuasa mutlak terhadap wang simpanannya itu dan bebas berbuat apa sahaja yang beliau suka. Sementara ini, pihak jawatankuasa akan membantunya supaya tidak boros berbelanja.
Perbincangan detail mengenai agihan sumbangan dana ini akan diadakan pada 5 hb Dec 2004, iaitu selepas habis musim peperiksaan.
KOMENTAR
Secara peribadi, setelah melawat sendiri ke sekolah tersebut, dan setelah bertemu dengan beberapa orang murid yang agak lebih malang berbanding adik Fazida, dan setelah dibawa oleh beberapa orang guru ke beberapa buah teratak usang di kampong-kampung berhampiran Sekolah berkenaan, saya merasakan 1/3 dana untuk tabung kemiskinan sekolah tersebut memang tepat pada masanya.
Misalnya, saya diperkenalkan kepada seorang murid lelaki tingkatan 3, di mana pada tahun lepas, selama setahun beliau tidak datang ke sekolah kerana terpaksa bekerja untuk mencari wang bagi menyambung pelajaran ke tingkatan 3. Berbual dengan murid ini, saya jadi agak segan untuk bertentang mata. Bila beliau bercerita latar belakang keluarganya, memang sungguh terasa hiba di dada.
Kemudian saya dibawa ke beberapa buah rumah usang yang berbumbungkan atap rumbia dan berdinding buluh milik beberapa orang penoreh getah sekitar situ. Berbual dengan mereka memang terasa bagaikan nak menitis air di mata.
Misalnya, seorang Nenek tua yang menjaga 3 orang cucunya (darjah 1, form 3 dan form 4) yang tinggal bersama anak perempuannya yang tidak bekerja dan anak lelaki yang menoreh getah di kebun orang; bila saya tengok rumah beliau yang dapurnya atap rumbia berdindingkan buluh yang jelas kusam hampir reput dan berlumut, serta ruang tamu yang beratap zink yang sudah karat dan bilik atas yang juga beratap zink karat yang sudah tidak boleh diduduki lagi kerana air hujan bila turun, ia akan meluru masuk bagaikan air paip yang keluar di sinki, saya jadi terpana. Bila Tok Nek ini cerita ketiga-tiga atap tersebut, atap rumbia, atap zink karat dan zink yang sudah hampir lebur, semuanya bocor (atau tiris kata org Baling) setiap kali hujan turun; saya tanyalah “Habis tu kalau semua Tiris, bila hujan lari mana?”
Tok ini cakap:
“Kalau Tiris, Tok lari la ke tempat yang tak Tiris!!”
Tu dia aih. Rupanya hujan ini bukan sahaja mengganggu rehat atau pun tidur beliau sekeluarga tapi juga menimbulkan masalah besar bila ianya turun berterusan; kerana periuk nasi keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada baiknya cuaca. Jika tiada hujan maka bolehlah pergi menoreh mencari makan, jika tidak berlaparlah jawabnya.
Sekali tu saya tanya, pernah tak sesak, tak dak duit nak belanja. Dia jawab pernah. Habis tu buat lagu mana? Tok Nek ini jawab:
“Kita tak pa la, tapi dok ingatkan cucu-cucu tu lapar, pi lah juga kedai Siam tu - Hutang Beras 2 Cupak!!”
Tak terkata apa saya, terus teringat Supermarkat SELESA kat tepi rumah saya itu, bila beras habis, anytime saya boleh pi Supermarket itu ambik berapa “Ratus Cupak” saya nak, tapi Tok Nek ini 2 Cupak pun nak kena hutang. Bila teringat Tok Nek ini dan kisah Beras 2 Cupaknya, dalam kepala saya, cerita Tok Mek dan Fazida tiba-tiba terus jadi tenggelam.
Bila saya tanya pula, buka posa ini masak apa, Tok Nek ini cakap “Masak Nasik Saja Awang ooo..”. Saya tanya lagi, takkan nasik saja, takkan tak buat cucur ka, koi ka bubur ka apa ka bagi cucu-cucu dia makan. Tok Nek ini jawab:
“Laaaaa……Nak Ambik Duit Mana Awang oooooo….”
Terus saya tak tanya apa dah!!
So, berbalik kepada kisah Tok Mek dan Fazida; apabila melihatkan suasana di atas ini, saya merasakan cerita Fazida hanyalah a tip on the iceberg mengenai kemiskinan di Baling. Fazida dan Tok Mek hanyalah satu symbol yang melambangkan nasib dan permasalahan hidup mereka-mereka yang sama waktu dengannya di daerah kelahiran saya ini. Mungkin ada beberapa fakta tidak tepat yang saya tulis seperti keputusan peperiksaan No 1 vs 2, kedudukan dalam kelas vs kedudukan dalam tingkatan; tetapi ianya tidak menjejaskan fakta bahawa kemiskinan tegar masih wujud, hidup dan segar di kawasan ini, terutamanya di persekitaran sekolah di mana adik fazida dan cucu Tok Nek di atas belajar iaitu di Sekolah Menengah Parit Panjang. Jika anda semua ada wang yang agak berlebihan, hulur-hulurkanlah kepada Tabung Kemiskinan yang ditubuhkan oleh pihak sekolah ini; moga di suatu masa nanti kisah Fazida dan Tok Mek, kisah pelajar sekolah yang terpaksa ponteng selama satu tahun mencari wang untuk ke tingkatan 3 dan kisah Tok Nek di atas yang terpaksa berhutang 2 Cupak beras di kala hujan, semuanya hanyalah tinggal kenangan
Aku terima email ini...
aku baru lepas menangis...
dan aku nak pergi BSN...
anda bila lagi???
Moga rezeki kita tak luak bila menderma...
Moga makin bertambah...amin....
Bacalah walau panjang, dan sudikanlah panjangkan kisah ini..
Jalan-Jalan Bulan Puasa: Anak yatim sebatang kara
Masuk hari ke-16 puasa, saya didatangi oleh beberapa
orang sahabat yang ingin ke Baling, daerah kelahiran
saya untuk memberi sedikit sumbangan sedekah jariah
sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Lalu, pucuk
dicita ulam pun mendatang, saya yang sudah lama tidak
pulang ke kampong halaman menerima pelawaan mereka ini
dengan dada yang penuh lapang.
Dalam banyak-banyak rumah dan teratak usang yang kami
ziarah hari itu, kunjungan ke rumah Tok Mek di Kampung
Lanai Masjid adalah yang paling nostalgic, dan
meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada
rakan-rakan saya ini, atau sekurang-kurangnya kepada
seorang antara mereka yang sebelum ini tak pernah
turut serta dalam mana-mana expedisi sebegini. Kisah
beliau akan saya ceritakan di penghujung tulisan ini
nanti.
Rumah yang kami kunjungi ini dihuni oleh Tok Mek, atau
pun nama penuhnya Saadiah Bt Yassin, 83 tahun dan
cicitnya adik Nurfazida Bt Md Radazi yang sedang
berada dalam Tingkatan 2 di Sek Men Parit Panjang,
Baling. Kedah. Tok Mek menyara diri dan cicitnya ini
hanya dengan berbekalkan wang saraan hidup Jabatan
Kebajikan Masyarakat RM80 sebulan. Wang itulah yang
digunakan untuk belanja dapur, duit sekolah Nurfazida
dan lain-lain. Tanah rumah yang ditumpangi Tok Mek ini
bukannya miliknya; beliau tinggal di situ atas ihsan
tuan tanah. Rumahnya itu pun didirikan atas bantuan
jiran-jiran.
Kata Tok Mek:
"Tu, dinding kat dapur tu Ustaz tu yang tolong buat.
Ni, tikar karpet (lusuh) ni pun si anu tu yang bagi.
Atap tu pun orang yang bagi"
Dahulu Tok Mek ada beberapa orang anak; kini semuanya
telah meninggal. Daripada salah seorang anaknya itu,
lahirlah ibu kepada Nurfazida. Ketika Nurfazida masih
kecil ibunya diceraikan; ayahnya pula kahwin lain. Tok
Mek tak pasti di mana ayah Nurfazida berada ketika
ini. Tidak lama kemudian ibunya pula meninggal dunia.
Lalu, tinggallah adik Nurfazida sebatang kara.
Sungguh sedih kisah hidup adik Nurfazida ini; hendak
harapkan kasih ibu, ibu sudah pun lama pergi mengadap
Illahi. Nak harapkan kasih ayah, Tok Mek sendiri tak
pasti di mana ayah Nurfazida pergi. Nak menumpang
kasih Atuk dan Nenek, kedua-duanya pun sudah tiada
lagi. Nak menumpang kasih adik, abang atau pun kakak,
Nurfazida anak tunggal, anak yatim sebatang kara.
Lalu, yang tinggal setakat ini hanyalah moyang
tersayang, Tok Mek yang dipanjangkan usianya
seolah-olah untuk menjadi payung tempat berteduh buat
seketika untuk adik Nurfazida, sementara menunggu hari
ia meningkat dewasa. Sungguh tragis sebenarnya kisah
hidup beliau.
Sebetulnya, ini adalah kali ke-2 saya membawa
kawan-kawan ke rumah Tok Mek selepas kunjungan yang
pertama pada hari cuti Krismas tahun 2003 dulu. Ketika
itu, saya ada membawa 2 orang sahabat yang ingin ke
pedalaman Baling menghulurkan sumbangan. Perjalanan
kami ketika itu mentakdirkan kami singgah ke rumah Tok
Mek. Topik perbualan kami dengan Tok Mek pada hari
tersebut berkisarkan tentang luahan hati beliau
mengenai sebuah perjuangannya yang pada ketika itu
masih belum selesai.
Pada waktu tu, adik Nurfazida baru nak beralih dari
zaman kanak-kanak (darjah 6) ke zaman peralihan menuju
alam remaja di tingkatan satu. Tok Mek merasa tertekan
kerana di usia yang meningkat remaja itu, adik
Nurfazida masih terpaksa mandi di luar rumah dan kalau
nak melepas hajat terpaksa pula menunggu hari sedikit
kelam, supaya kelibatnya tak kelihatan tatkala sedang
mengangkat cangkul menggali lubang.
Meringkaskan cerita, perjuangan utama Tok Mek pada
tahun 2003 itu ialah untuk mendapatkan sebuah bilik
air dan tandas yang sempurna untuk cicitnya, adik
Nurfazida. Dengan pendapatan bulanan RM80 daripada JKM
ini, manalah mampu nak buat lubang jamban, nak upah
orang pun mau nak kena ada dua tiga ratus. Kisah
perjuangan beliau ini yang melibatkan JKKK dll itu ada
saya paparkan dalam tulisan saya sekitar bulan Dec
2003.
Menurut Tok Mek, selepas lawatan kami itu, ada la kot
dua tiga lawatan susulan oleh orang-orang yang tak
dikenali. Saya sendiri, kalau tak silap, ada membuat
lawatan susulan beberapa minggu kemudian. Itu saja,
selepas itu tidak ada lagi yang datang berkunjung.
Mungkin kerana nama Baling itu sendiri bunyi macam
jauh ke pedalaman, maka kurang sedikit minat orang
untuk datang. Pun begitu, sumbangan kewangan yang tak
seberapa yang diberikan mereka itu akhirnya mampu
merealisasikan Impian Tok Mek untuk mendapatkan Tandas
yang sempurna buat cicitnya. Tandas tersebut kini
boleh kelihatan tersergam indah di belakang rumah Tok
Mek (gambar); alhamdulillah adik Nurfazida tak perlu
lagi mengangkat cangkul mengorek jamban.
Lalu, kali ini apa pula masalah Tok Mek?
Tok Mek tak ada isu besar yang nak diluahkan kepada
kami kali ini, kalau ada pun cumalah suatu perkara.
Kata Tok Mek:
"Kadang-kadang bila rasa sesak (putus belanja), Tok
dok teringatkan depa yang datang hari tu, Dok Mana?
Nama Apa? Siapa dia?....selalu dok ingat!"
Sebak aih rasa di dada kami, tapi tak apalah sebab
agenda kami bukanlah nak jadi badan kebajikan, kami
cumalah dua tiga orang individu yang seberapa daya
yang mampu cuba mengenengahkan seberapa ramai yang
mungkin insan-insan senasib seperti Tok Mek dengan
harapan akan ada yang sudi datang membantu.
Kemudian perbualan kami beralih kepada adik Nurfazida;
soalan yang pertama saya tanya:
"Periksa Dapat Nombor Berapa?"
Dia cakap, periksa hat akhir tahun 2004 ini belum tahu
lagi, lalu saya tanya yang pertengahan tahun berapa?
Jawab beliau:
"Nombor SATU!!"
Bukan sahaja no-1, tapi beliau juga mendapat mata
pelajaran terbaik untuk subject Sains.
Lalu saya tanya mengenai belanja sekolah, sehari
banyak mana. Belum sempat beliau jawab, Tok Mek
menyampuk bagitau "Ada la Singgit Dua Inggit"; bila
saya tanya Nurfazida lagi, berapa ringgit, dia jawab
"Singgit"; kemudian Tok Mek kata lagi "Singgit dua
Inggit". Sebetulnya Tok Mek segan nak berterus terang
dengan kami, dalam perbualan seterusnya, Nurfazida
bercerita bagaimana wang RM1 yang diberikan oleh
neneknya itu, RM0.80 buat tambang bas pergi balik,
RM0.20 lagi dia simpan.
Habis tu, waktu tu rehat tak makan ka? Saya petik dari
mulut adik Nurfazida sendiri, beliau jawab:
"Tak...tak rehat..dok dalam kelas tak keluar rehat.."
Hampir berlinang air mata saya. Hari-hari itulah rutin
adik Nurfazida, pergi sekolah semata-mata untuk
belajar, di kala kawan-kawan sedang riuh rendah
berebut membeli makanan di kantin sekolah, beliau
keseorangan dalam bilik darjah mengulang kaji
pelajaran; kalau rasa lapar dan dahaga cuma minum air
yang dibawanya dari rumah.
Bila ditanya tak dapat kah biasiswa kecil persekutuan
RM600 sebulan, belum sempat beliau menjawab, neneknya
yang sedari tadi berlinang air mata mendengar cerita
cicitnya ini menyampuk:
"Tok ada la tanya Nurfazida, dia kata kat Tok "TOK
WEI, ANAK-ANAK ORANG KAYA SAJA YANG DAPAT BIASISWA TU
TOK WEI, ANAK ORANG MISKIN MACAM KITA INI MANA NAK
DAPAT!!" "
Rupa-rupanya sudah 2 kali beliau isi borang minta
biasiswa kecil persekutuan RM600 setahun ini, pertama
kali pada awal tahun 2003 dan kali kedua pada awal
tahun 2004; kawan-kawan beliau yang entah berapa RATUS
ranking mereka dalam kelas pakat dapat tapi beliau
yang dapat No-1 dan the best student in Science, anak
yatim pula tu, habuk pun tarak.
&*^$##%^^& sorry lah, saya pun tak tau nak komen apa!!
Kemudian kami tanya pasal buku dan baju sekolah. Buku,
alhamdulillah dapat buku Teks; tang
bajunya?masyaallah, Tok Mek tunjukkan kpd kami baju
sekolah Nurfazida yang sedang tergantung tu. Kata Tok
Mek, baju tu lah sehelai, pakai pagi, petang basuh.
Esok pun macam tu juga, pakai pagi petang basuh.
Tiap-tiap hari macam tu. Kalau hujan nanti
pandai-pandailah adik Nurfazida sterika atau buat apa
yang patut. Kami rasa la, bukan saja Tok Mek yang
patut dapat RM80 sebulan duit JKM, tapi Nurfazida bt
Md Radazi pun patut dapat juga..
Sayang sungguh budak yang cerdik dan pintar macam
adik Nurfazidah ini terabai macam tu, sungguh sayang.
Saya ini naik emosional sikit bila tulis kisah beliau
ini, sebab ia betul-betul mengingatkan kepada satu
kisah benar yang berlaku di kampong kelahiran saya
yang jauh terpencil berbanding kampong Tok Mek, dalam
daerah Baling juga.
Lebih kurang 25 tahun yang silam, saya merupakan anak
kampong saya yang pertama mendapat 5A dalam Ujian
Penilaian darjah 5, seterusnya menjadi anak kampong
saya yang pertama ke Amerika; dan mungkin menjadi
satu-satunya anak kampong saya yang pernah menjejak
kaki ke Eifel Tower dan mungkin merupakan satu-satunya
anak kampong tersebut yang pernah menjadi Presiden
Persatuan Mahasiswa/i Malaysia di sebuah Univerisiti
di Amerika. Selepas saya mendapat 5A, tidak ada
sesiapa yang dapat memecahkan rekod saya itu
sehinggalah beberapa tahun kemudian. Pelajar yg
mendapat 5A itu saya masih ingat lagi seorang pelajar
perempuana bernama Norma. Masuk form 1, Norma mendapat
tawaran ke sebuah sekolah berasrama penuh di Sg
Petani. Masuk form 2, Norma terpaksa berhenti dan
pulang belajar di sekolah menengah biasa di Baling
kerana ayahnya yg kerja kampong itu tak mampu menyara
persekolahan beliau di sana. Hari ini, pelajar yang
pintar itu saya dimaklumkan hanyalah seorang operator
kilang atau pun kerani.
Apabila melihat wajah adik Nurfazida, saya terus
teringatkan si Norma. Takkanlah ada lagi sorang anak
Baling yang akan jadi macam beliau?
Dalam kereta UNSER semasa perjalanan pulang, saya
cakap kepada kawan-kawan bahawa saya akan cuba
karangkan cerita ini sebaik mungkin, kemudian akan
saya cc kan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
sendiri, Datuk Ahmad Rafaei Hj Mahat. Tiba-tiba
seorang rakan bernama M yang tinggal setaman dengan
saya menyampuk, kata beliau, Datuk Ahmad Rafaei itu
adalah cikgunya semasa sekolah menengah dulu. Cerita
tersebut terhenti di situ.
Setelah berpisah menuju kenderaan masing-masing di
parking lot Kulim Hi-Tech, semasa dalam Toyota
Serenanya, M meluahkan perasaannya kepada saya. Dalam
UNSER tadi ramai, mungkin dia segan. Kata M:
"Hang tulis dulu cerita adik Nurfazida tu, nanti aku
akan fwd pi kat cikgu aku tu, aku nak tulis:"
'Ke hadapan guruku, cikgu Ahmad Rafaei, cikgu masih
ingatkah lagi saya, Mohd.... bekas anak murid cikgu di
Sek Tinggi Melaka dari tahun 1982-1986, yang
bersama-sama dengan Hamzah dll dalam kelas 4 Sains 1
di mana pada ketika cikgu mengajar kelas kami. Cikgu
selalu mengajar kami supaya prihatin dan mengambil
berat mengenai ANAK-ANAK BANGSA...hari ini cikgu,
saya.....(sampai sini, suara M mula perlahan)..."
Kemudian...senyap....selepas itu M, seorang Engineer
di sebuat syarikat Multinational, menangis
teresak-esak di hadapan stering Toyota Serenanya. Saya
pun hampir sebak.
Bila suasana sudah agak reda; saya cakap:
"Tu lah M, aku pun sedih jugak; hang bayangkanlah baju
sekolah pun sehelai tu saja.."
Belum habis saya cakap, M menangis lagi, kali ini lagi
kuat...teresak-esak macam di hari saya kehilangan
ayah. Saya biarkan M sendirian; saya lihat air matanya
berlinangan sehinggalah kami tiba ke rumah.
Sesungguhnya, memang perit menjadi anak yatim, makan
minum, duit sekolah, kain pakai tiada yang ambil
peduli. Patutlah pun dalam Al-Quran Allah SWT banyak
menyebut betapa perlunya kita mengambil berat mengenai
anak-anak yatim, sehinggakan zakat fitrah pun, kalau
ikut kiranya, anak yatim pun termasuk dalam asnafnya
yang utama. Lantaran itu, jikalaulah ada yang
tersentuh hatinya membaca kisah adik Nurfazida anak
yatim sebatang kara ini, bolehlah menghulurkan
sumbangan terus ke akaunnya seperti di bawah:
(BSN Giro a/c Nurfazida Bt Md Radazi:
02118-29-00009288-6)
Moga kisah perjalanan kami di hari ke-16 puasa ini ada
manafaatnya untuk semua

Friday, November 05, 2004
Dah hampir hujung Ramadhan
Ramadhan sudah sampai penghujungnya.
Insya-Allah seminggu lagi kita meraikan Aidil Fitri. Sejak ada anak, hari raya lebih meriah. ERkk duit keluar pun meriah juga, pergi shopping baju raya anak jer dekat RM dot..dot..dot...orang yang anak lima enam anak camner le gamaknya.
Baju budak lelaki ni pulak, amboi bukan main mahal, macam t-shirt orang dewasa pulak. Tahun ni no SOGO shopping, no Jalan TAR Shopping, no Jalan Masjid India Shopping. Minggu pertama posa hari tu kami balik Kedah, so aku beli baju raya Najmi kat The Store Sungai Petani jer. Ok jugakla, alah kalau takat baju budak brand BUM Equipment, Kiki Lala, KIKO, Snails sama je la. Cuma cap supermarket je lain.
Aku ni merupakan penggemar BUM Equipment sejak zaman berzaman. Maklumlah body saiz peti ais dua pintu mana layak pakai baju cap Lady Like tu. So bila Najmi dah besar ni, t-shirt BUM budak punya paling kecil saiz 4, so tahun ni dah maut dia melaram dengan t-shirt BUM, satu aku suka dengan t-shirt BUM kualiti mmg best. bertahun pakai pun masih elok. Nak belikan jeans dia, cun jugak, tapi tak ada saiz kecil la..tahun depan la...
Bengkok mama melangsaikan baju raya Najmi. Babah pulak selesaikan urusan baju Melayu, baju kurung mama, dan penaja perjalanan balik raya dan menaja duit-duit raya untuk sedara mara..he..he..suami isteri kenalah give and take.
Hari sabtu kerja di office, macam tak der mood, aku cepat-cepatkan bereskan kerja sejak dari pagi...menjelang tengahari banyak juga dah clear so bolehlah rest kejap update blog. Najmi pun ada kat office, jadi tengahari nanti aku taklah rushing nak pi taska ambil dia pulak. Dan paling penting dan utama, agenda tidur aku lepas zohor akan berlangsung dengan jayanya sebab Najmi tak tidur kat taska...
Hari ni bercadang nak bukak posa kat luar, ada orang nak pi beli baju untuk pakai pi kerja, dan semalam aku belikan sidia tu, baju kaler oren sama macam Najmi (Najmi peminat Zahid) sidia suker, dan nak pi round kedai tu lagi, sebab aku kempen kata kat situ banyak baju utk saiz-saiz kami ni la..
Esok acara membuat kuih raya lagik, kali ni pergi buat kat rumah adik ipar kat Bukit Antarabangsa, aku ketua Chef kununlah sebab antara kami bertiga (ipar) akulah paling paling terror sikit buat kuih raya, he..he...bayangkan aku yang ampeh dikira tahap terror...lawak la...hari Deepavali ni aku nak buat kat rumah sendiri pulak, Biskut Capuccino...resepi yang akan aku hentam sendiri. Series aku tak der resepi, tapi aku ada beli pes capuccino dan aku harus mencipta resepi biskut capuccino aku sendiri.
Okeh time untuk balik..

Tuesday, November 02, 2004
Kalau ada sejuta..
Kalaulah aku ada sejuta cash dalam bank sekarang, mesti aku dah setelkan hutang kereta, beli sebiji rumah, siap dengan taman dan ada pondok kayu beratap rumbia (yes..aku dan darling sering berangan nak sebuah rumah dengan sebuah pondok macam kat kampung-kampung, dengan atap rumbia) tak perlulah rumah banglo, rumah teres setingkat pun jadilah, janji corner lot.
Kemudian aku pi haji dengan darling, dengan mak, dan adik, kemudian aku hantar surat letak jawatan dan duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa dah ada sejuta, kami bukaklah bisnes dan aku tolong darling....darling kat office aku kerja dengan internet kat rumah.
Pagi hantar Najmi pi taska, balik kemas rumah, masak, basuh kain, siram pokok bunga, dan buat kerja-kerja macam para isteri dan ibu yang lain. Aku tak payah pergi meeting, kena buat itu..ini dipejabat.
Tapi itu cerita kalau aku ada sejuta...sekarang ni aku 0.5% juta pun tarak...jadi kenalah sedar diri, pagi lepas hantar Najmi pi taska aku kenalah pergi kerja...buat itu ini, sampai aku lupa aku tertinggal handphone kat rumah, sampai aku lupa dah pukul 4 ptg aku belum solat Zohor.
Tadi aku balik pi ambik handphone yang aku tertinggal kat rumah, masa on the way balik ke sini aku nampak beberapa kumpulan perkerja yang bertugas dengan syarikat yang menyediakan landskap untuk kawasan Putrajaya, ada pekerja tengah sirim pokok sepanjang jalan dengan lori yang ada tangki air, ada kaum wanita dalam usia 30an, sedang terbongkok-bongkok mencabut rumput sekitar pokok-pokok bunga, menggunting-gunting pucuk-pucuk pokok, menabur baja, ada yang menyangkul.
Aku tengok-tengok dan fikir kasihan mak cik tu, mesti dia orang susah, mesti dia kerja nak bantu keluarga dia. Dia nak adakan belanja untuk anak-anak dia. Jadi dia kerja juga walau tengah terik matahari dan dibulan puasa. Aku adalah jenis manusia yang hatinya amat mudah tersentuh bila tengok benda-benda begitu.
Aku duduk dalam office sejuk macam bilik mayat, kerja duduk depan pc jer, pc sendiri bukan kongsi-kongsi, sambil bekerja sempat juga aku bertenet-tenet, dan ada ramai kawan blogger, dan membaca blog serta ada blog sendiri. Tapi itu pun aku mengeluh, kerja banyak, tension, boss asyik suruh itu-ini. Siap kerja itu, ekrja ini pula sambung, tidak habis-habis. Aku jadi insaf...syukur...
Ada orang suka curi tulang time kerja, kejap hilang pergi sana, pergi sini, aku bukan jenis macam tu, kalau aku tak busy pun aku tetap duduk tempat aku, kalau memang confirm aku tidak ada kerja urgent aku luangkan masa bertenet, (yee..aku tau salah jugak...) tapi entah... aku mushkil dengan orang yang suka curi tulang dan memanjang hilang. Tak takut ke rezeki tak berkat. Berkat lagi rezeki mak cik kerja jaga pokok kat tepi jalan. Dia datang situ dengan van kompeni, cukup masa baru van kompeni datang ambil dan balik, jadi selagi van tak ambil dia kena kerja.
Dulu aku kerja kat kompeni lama, aku kawan baik dengan seorang kakak kerja guard, akak ni memang baik dengan aku, kisah hidup dia memang kasihan, lakinya penagih dadah. Katanya dah bertahun-tahun sejak berkahwin sampai anak 3, dia tak tau lakinya penagih kerana kahwin atas pilihan orang tua. (see tak semua pilihan orang tua adalah terbaik) Lakinya asyik keluar masuk penjara. Jadi dia kena kerja, jadi ibu dan ayah budak-budak tu, malangnya dia miskin, jadi dua dari anaknya terpaksa di bela oleh orang tuanya dikampung dan dibantu sedara yang lain.
Aku selalu belikan lunch untuk kakak ni, tapi aku tidak bagi secara terus macam tu, aku berlakon sebab aku tak nak dia rasa segan dengan aku. Contohnya aku belikan lunch dua set, aku punya aku makan kat pantry, kemudian dia punya aku turun hantar kat tempat dia bertugas. Dan aku cakap, "kak ambillah lunch ni, saya dah beli, tapi bila makan roti rasa macam kenyang sangat, akak ambillah, kalau saya simpan pun nanti basi,"
Or kadang-kadang aku belikan dia breakfast, aku cakaplah aku belikan untuk sesiapa kat office aku, tapi orang tu tak nak, jadi aku kasi dia. Kadang-kadang dia nak melawat husband dia kat penjara kajang, dia tak der transport (dia pegi keja naik basikal, takkan dari Sentul nak naik basikal ke Kajang) jadi, aku dan darlign sudi ambil dia dan bawa ke Kajang.
Aku tak nak dia rasa segan dan malu dengan aku. Dan orang kampung aku kata, What you give you get back. Mungkin berkat sedikit ciput amal yang bagi kat akak tu, aku diterima kerja dengan kejaan. Aku suka sangat, dan dia pun suka, dia kata, "akak selalu doa awak murah rezeki, sebab awak baik, dan patut kerja kat tempat lebih baik dari kat sini," aku terharu.
Dan kini, kat sini aku merungut juga...tak adilkan??? Kerja dimana pun sama. kan..kannn???

Subscribe to:
Posts (Atom)