OK balik kesah ayaq lemenet, masa kecik dulu, tok abah selalu suruh 'cabut uban dan cabut rambut gatai' jadi upahnya dapat la dalam 2 kupang atau 3 kupang (20 sen atau 30 sen) dapat je upah zaaassss cargas ke kedai Awang Langut, beli ayaq lemenet, masa tu ayaq lemenet satu botol 20 ke 30 sen je, wahh mewah dapat minum ayaq lemenet. Menu wajib saya kalau minum ayaw lemenet kat umah arwah tok ialah, kena dengan mee segera CINTAN perasa ayam. perrghhh layannnn...
Kini saya kembalikan nostalgia ayaq lemenet kepada anda sekalian... my darling jumpa kedai minum kat kampung Limau Manis dekat ngan kawasan perumahan kami ni, ye la..kami kat duduk dekat kampung, so masa darling pergi servis dan cuci motor, dia lepak kedai mak cik ni dan ada jual ayaq lemenet, eheheh dah tu sampai hati je cerita, tak der pun dia beli, laki aaaiii laa kannnn besaaalaaahhh tak suruh tak beli le...
Then satu hari saya balik kerja, terus singgah kedai mak cik ni dan terus beli 4 botol bawak balik rumah, mak cik nak bukak dan tuang dalam plastik, tapi saya tak mau, saya mau dengan botol sekali. Jadi boleh la saya menayang kepada kalian.. sedap ayaq lemenet ni, tapi sebotol tu boleh dapat dua botol nisbahnya..eheh kerana, amat manis, saya tak suka manis, jadi kena campur dengan hampir sebotol air juga baru balance rasa manis tu.. tengok alamat, kelantan mari ayaq lemenet ni, agaknya memang orang kelantan mmg suka manis kot, jadi sangat manis air nya, tak tahan la teman.
tadaaaa...
ada macam-macam perisa ouls... sungguh nostalgia.. huhuhu rindu pulak arwah tok dan tok abah..

Transformers
saya peminat transformers, saya masih belum sempat menononton Transformers yang tgh main kat panggung sekarang, oh nooo minat haper tak tengok lagik, ermmm nak kira, nak selit juga hari kerja ni nak pegi tengok deting ngan darling..nak jugakkk babah jom la..sian mama, next week dah keluar lagi satu filem yang kitaorg ni boleh kata kipas mati filem ni punya..iaitu Ice Age 3, sejuta kali ko nengok Ice Age 1 & 2, tu sejuta kali gak boleh gelak dengan telatah Sid, dan si Tupai yang gilakan kacang hazel tu.
Actually, saya ni tengah demam, letih badan, batuk dan selsema, ishkkk perlu ke pegi buat saringan H1N1 tu??? harapnya esok-esok oklah, mujurlah tak demam last week, masa saya kena bake 1,150pcs cupcakes untuk wedding gift...
0 comments:
Post a Comment